Thursday, 13 August 2020

21 Sebab Gagal Temuduga Kerajaan & Swasta [Ebook Percuma ]






EBOOK PERCUMA!


 NAK EBOOK 21 SEBAB GAGAL TEMUDUGA KERAJAAN & SWASTA?

Masukkan NAMA dan Emel anda untuk kami bongkarkan RAHSIA ini sebelum KUOTA PENUH!

Nama Anda

Emel Anda



Maklumat Anda Selamat Bersama Kami

Sunday, 1 September 2019

Rujukan Ujian Psikometrik


http://jvsecurepay.com/affiliates/psikometrik/24829


Rujukan untuk Ujian Psikometrik. Ianya adalah rujukan umum, sesuai untuk semua jawatan yang ada ujian Psikometrik.

SPA dah jadikan ujian ini seolah-olah ujian wajib sebelum 
ke tapisan seterusnya.

Dalam kata lain, jika anda memang nak masuk ke 
kerjaya kerajaan, memang kena faham dan tahu bagaimana nak lulus tapisan ini.

STEP #1: 
Buat persediaan secukupnya. 
Tahu dan faham selok-belok
exam Psikometrik ni. Apa yang 
ditanya, apa yang diuji

STEP #2:
Doa dipermudahkan. Minta mak
ayah dan pasangan doakan juga
untuk kita berjaya

STEP #3:
Di hari peperiksaan, 30 minit
sebelum exam online Psikometrik
bermula, siap sedia di depan
komputer.

[masuk part 'bayangkan']

Sebelum mula exam Psikometrik..

"Pejam mata, bayangkan wajah
mak ayah, pasangan kita, bayangkan
masa depan yang cemerlang, 
yakin diri akan berjaya. 
Bayangkan mak ayah senyum,
pasangan gembira dan bangga"

----------

Haa. Macam ni baru ada harapan!
STEP #1 dan STEP #2 tak buat
terus masuk STEP #3, memang
tak menjadi lah.

Dah jadi macam Mat Jenin 
dai atas pokok kelapa. Berangan
lebih, tapi usaha tak ada.

Nampak tak?

Pastikan anda mula dengan 
STEP #1. Rujukan ini untuk
anda buat STEP #1 dengan 
teratur;


Alhamdulillah ramai yang berjaya dan menunggu 
sesi temuduga.


Calon perlu tahu beberapa perkara yang 
sepatutnya. Key paling penting adalah;

"Sembunyikan KELEMAHAN dan
tonjolkan KELEBIHAN"



http://jvsecurepay.com/affiliates/psikometrik/24829


Ini antara email yang kita dapat daripada
Cik Puan Nurul Naqibah;

///////////
"pertama kali,saya ingin berterima 
kasih kpd tim infokerjaya,kerana 
saya sudah lulus ujian psikometrik,
banyak panduan berguna yg diberikan...
Saya juga pertama kali mendapat 
panggilan untuk ujian berkenaan..
Seterusnya menunggu panggilan 
untuk temuduga."

- Nurul Naqibah
////////////

Tahniah untuk beliau. Kami nak lihat anda juga berjaya.

Ikut sahaja tip perkongsian yang kita dah susun dalam 
rujukan khas PSIKOMETRIK 
ni;Klik link rujukan di bawah.



Gembirakan mak ayah anda!

Kami doakan :)

Saturday, 5 January 2019

Rujukan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Dipanggil ke sesi TEMUDUGA PEMBANTU PERAWATAN PERUBATAN U11?

Kalau tak buat persediaan, memang susah nak lulus tau!Ada beribu-ribu calon yang akan bersaing dengan anda.

Usah risau, anda berada di tempat yang betul. Rujukan ini bakal membantu anda untuk temuduga nanti.



Ada apa dalam Rujukan TEMUDUGA ini?

#1 Faham dengan jelas jawatan PPK U11 ni. Jadi anda tak 'blurr' macam calon lain masa temuduga nanti

#2 CHECKLIST padu untuk persiapan sebelum temuduga. Pakaian bagaimana? Sijil apa kena bawa? Resume kena ada ke?

#3 Nota-nota ringkas khas untuk jawatan PPK U11.

#4 Contoh-contoh soalan yang biasa ditanya dalam sesi-sesi temuduga sebelum ini.






Untuk nota dan persediaan lengkap boleh guna rujukan ini;

KLIK>>Rujukan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan


Peringatan : Setelah anda membuat tempahan rujukan ebook ini akan diberikan menerusi email masing-masing.  Rujukan ini dalam bentuk ebook PDF.

Do the best and good luck!

Friday, 29 September 2017

Rujukan Temuduga Separa Perubatan


Bakal Menduduki TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN?

Tahniah kepada yang lulus peperiksaan online separa perubatan.


Anda selangkah lagi menuju ke latihan separa perubatan.


Buat persediaan sebaik mungkin untuk sesi TEMUDUGA nanti.


Sediakan RESUME tapi jangan main hentam je.


Nah,ni ada PANDUAN TEMUDUGA beserta  PANDUAN RESUME untuk anda.





[+]RUJUKAN TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN

Ambil peluang ini dan jangan sia-siakan panggilan temuduga anda. Kemungkinan anda tidak dipanggil lagi selepas ini? Jadi berikan yang terbaik untuk temuduga kali ini.

Rujukan ini disusun dengan pengalaman dan perkongsian calon-calon sebenar sebelum ini. Jadi anda bakal mendapat satu rujukan yang tepat disertakan dengan contoh soalan untuk persediaan anda

Jadi kompone Simulasi Temuduga ini anda boleh gunakan untuk persediaan temuduga anda tahun ini untuk semua jawatan dalam SKIM SEPARA PERUBATAN oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)


Buat yang TERBAIK untuk TEMUDUGA nanti ya!

Terus klik [+]RUJUKAN TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN




Friday, 1 September 2017

Senarai Semak Sebelum Exam Online Separa Perubatan

Anda yang terlibat dalam exam online separa perubatan perlu membuat persediaan sebaik mungkin.

Ada ramai calon yang akan menduduki exam online.

Anda akan bersaing dengan ribuan calon yang lain.

Susah tu,sebab ada KUOTA had yang telah ditetapkan.

Senarai Semak Exam Online Separa Perubatan,Tip Exam Online Separa Perubatan,Panduan Peperiksaan Online Separa Perubatan,Contoh soalan Peperiksaan Separate Perubatan


Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah :

1.Dapatkan ebook Exam Online Separa Perubatan.

Dapatkan di : KLIK SINI

Ambil masa untuk membaca nota dan contoh soalan tersebut.

2.Pilih komputer terbaik untuk peperiksaan.

Pastikan line kuat dan tidak loading dengan perlahan.Pada hari exam nanti,ramai yang akan buka laman exam,jadi elakkan membuka multiple browser untuk mengelakkan komputer "hang" & "jammed" ataupun lambat loading.Kami cadangkan buka laman exam sahaja untuk mengelakkan sebarang kemungkinan.


Elakkan menjawab menggunakan smartphone untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang boleh mengganggu proses menjawab soalan.


Saya cadangkan anda menjawab soalan di cyber cafe jika di rumah anda tidak menggunakan streaymx atau broadband.




3.Buka laman peperiksaan sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal untuk mengelakkan laman menjadi sesak.


4.Log masuk mengikut nama & kata laluan di laman peperiksaan.


5.Jawab soalan dengan teliti dan tenang.Jawab soalan yang senang terlebih dahulu.


6.Sediakan kertas kosong untuk anda mencatat sekiranya perlu.


Username,password dan link peperiksaan.

1.Username ialah nombor Mykad anda.

2.Password (Kata laluan) ialah angka giliran peperiksaan anda.

3.Link akses boleh didapati pada surat panggilan atau emel anda.


Semak maklumat anda di :
[+] http://e-semakanbcc.spa.gov.my


Semak lebih awal sebagai persediaan untuk mengelakkan kesesakan server di saat akhir.


Terus dapatkan ebook Exam Online Separa Perubatan di :

[+] KLIK SINI


Download PREVIEW COPY di SINI

Wednesday, 30 August 2017

Rujukan Exam Online Separa Perubatan


Tak Tahu Nak Prepare Apa Untuk
Peperiksaan ONLINE SEPARA PERUBATAN 
7 SEPTEMBER ini?



Tempahan ebook Separa Perubatan dah dibuka ya!

Rujukan ini disusun khas untuk bantu persediaan calon. Ia telah dikemaskinikan untuk setiap kali peperiksaan untuk memastikan ianya VALID untuk sesi 7 SEPTEMBER ini.


40++ Nota Ringkas

Nota ini akan menjimatkan 15 jam masa anda mencari dan menyaring maklumat yang penting untuk peperiksaan ini. Kami ada pengalaman dan kami tahu bahagian mana yang anda perlu fokus!

Penerangan Format TERKINI

Percaya kepada kami, faktor utama kegagalan calon adalah kerana calon tak tahu format. Bila tiba peperiksaan terus terkejut dengan soalan. Tak perlu terkejut, kami berikan gambaran sebenar!

70++ Contoh Soalan

Ini bukan soalan ramalan atau soalan sebenar. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk berikan anda gambaran bagaimana soalan dibentuk dan disoal. Eh tahun ini tiada contoh soalan oleh pihak SPA kan?

Maklumat Perjawatan

Anda kena faham dan tahu mengenai jawatan dalam Latihan Separa Perubatan (U29) ini. Apa tugasan dan apa yang bakal anda lalui selepas berjaya menjawat jawatan ini. Maklumat ini anda perlukan untuk sesi temuduga anda nanti. Jangan ke temuduga jika tak ada maklumat ini!

Satu perkara yang anda kena sedar, anda bakal bersaing dengan ribuan calon lain untuk merebut jawatan SEPARA PERUBATAN yang ditawarkan oleh pihak kerajaan.

Jom tengok mereka yang berjaya lulus dalam exa! online bulan Mac 2017 .

Mereka berjaya atas usaha mereka. Tapi yang pasti ini rujukan mereka.












Apa yang bakal membezakan anda dengan calon lain adalah, bagaimana persediaan anda untuk menghadapinya.

Anda boleh terus buat tempahan di sini :
[+]KLIK SINI

Ebook ini bukanlah seperti buku yang dijual di kedai. Ia akan diberi dalam
format PDF iaitu softcopy.


Eh,kami nak anda berjaya tau!

Tim Kerjaya Graduan

Saturday, 12 August 2017

Kenapa Anda Tidak Dipanggil Temuduga SPA?

Berikut ialah jawapan daripada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sendiri dan kami huraikan penerangan dengan lebih jelas.



1.Tiada urusan pengambilan
Sementara menunggu panggilan temuduga daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,apa kata anda juga memohon jawatan melalui laluan alternatif iaitu  melalui agensi-agensi kerajaan.Kenapa hanya mencuba melalui SPA?
Ada 241 senarai agensi kerajaan yang ramai graduan tak tahu dan agak kurang persaingan.Ini adalah lubuk yang ramai graduan terlepas pandang.
Terus dapatkan Senarai 241 Agensi Kerajaan di bawah ini.
[+]Senarai 241 Agensi Kerajaan (klik)


2.Borang pendaftaran SPA8i tidak lengkap
Sila pastikan borang pendaftaran anda lengkap dan semak sebelum anda menghantar pemohonan.

3.Had umur
Ada beberapa jawatan yang telah dihadkan umur calon.Sila baca deskripsi jawatan dengan teliti sebelum memohon jawatan tersebut.

4.Tidak memenuhi syarat tapisan semasa
Kelayakan anda tidak sesuai dengan syarat semasa yang telah ditetapkan.Semak syarat-syarat untuk memohon jawatan tersebut supaya anda tidak menunggu dengan sia-sia.

5.Gagal ujian PAC dan peperiksaan online
Calon yang gagal dalam peperiksaan online atau PAC tidak akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

6.Sijil pengajian yang tidak diiktiraf oleh MQA
Kursus yang anda ambil di universiti atau kolej tidak diiktiraf dan tidak diterima oleh pihak SPA.

7.Kekosongan jawatan terhad
Contohnya,jawatan kosong ada 4,calon yang menghadiri temuduga pula seramai 244 orang.Saingan yang sangat sengit.Jadi,tidak hairanlah anda tidak dipanggil ke temuduga.

8.Perubahan syarat skim perkhidmatan semasa
Sila pastikan anda mengikuti perkembangan dan perubahan syarat skim perkhidmatan semasa untuk jawatan yang anda pohon.

Susahnya nak tembus SPA!

Selain memasang pancing di SPA,anda juga perlu memasang pukat di lautan kerja kerajaan.

Terdapat Agensi Kerajaan yang mengadakan proses pengambilan pekerja tanpa melalui SPA yang perlu anda tahu.

Terus dapatkan Senarai Agensi Kerajaan di :

[+] Senarai Agensi Kerajaan (klik)

Info berkaitan :
[+]Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan
[+]Rahsia Resume Kerja


Friday, 25 March 2016

Cara Jawab Soalan Yang Biasa Disoal Semasa Temuduga

Contoh Soalan Yang Biasa Di Soal oleh Temuduga:

1.Sila perkenalkan diri.

Soalan ini ringkas, tetapi ramai calon yang gagal menjawabnya.

Berikan jawapan yang ringkas dengan memberi 2 atau 3 pencapaian
yang menandakan anda berada dalam skop kerja yang dimahukan
oleh penemuduga.

Sudahi perbualan  dengan perkara yang meletakkan diri anda dengan tugas yang spesifik.


2. Bagaimana anda tahu syarikat ini?

Apa yang anda tahu tentang syarikat bakal majikan? Jawapan ini boleh didapati dalam laman web syarikat.

Anda boleh menjawab dengan menyatakan matlamat syarikat, visi dan misi.


3. Mengapa anda mahukan kerja ini?

Anda  perlu ingat, syarikat ini mahukan individu yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan.

Anda perlu menyediakan jawapan yang terbaik mengapa anda mahu posisi tersebut.

Masukkan beberapa faktor yang membuatkan anda  layak mendapatkan jawatan yang
ditawarkan.

Anda  boleh katakan bahawa anda  gembira membantu orang lain menyelesaikan masalah.

Dan anda mahu menjadi sebahagian daripada syarikat
untuk belajar dan melakukan sesuatu perkara yang bermakna.


4. Kenapa kami perlu ambil anda bekerja?

Anda boleh katakana bahawa hanya anda mampu menjawat jawatan ini, boleh
memberikan keputusan yang cemerlang dan anda lebih baik daripada calon
yang lain.


5. Apakah kekuatan profesional yang anda  miliki?

Anda perlu jujur untuk menjawab soalan ini. gunakan jawapan yang
benar, bukan hanya mahu didengar oleh penemuduga.

Sertakan kelebihan anda yang releven kepada kriteria jawatan
tersebut dan lebih spesifik seperti komunikasi persuasive atau
“relationship building”.


Adakah anda sudah dipanggil temuduga?

Terus dapatkan Rahsia Bijak Temuduga di bawah ini untuk persiapan temuduga kerja kerajaan anda.

Salam sukses,

Tips Graduan



Info Berkaitan :(klik)

Wednesday, 16 March 2016

5 Punca Gagal mendapat Kerjaya Idaman



 1. Resume tidak menyerlah. Setiap kali bakal majikan membuat pengiklanan berkaitan dengan kekosongan jawatan, beratus-ratus permohonan yang akan diterima setiap hari. Mereka sudah pastinya meletakkan keutamaan kepada calon yang memenuhi kriteria yang diperlukan. Resume yang dihantar perlu menepati citarasa atau sekurang-kurangnya bertepatan dengan sebahagian besar ciri-ciri yang diiklankan. Oleh itu, resume anda perlu disertakan dengan pendidikan, pengalaman dan pencapaian yang anda miliki. Komponen tersebut bakal membantu untuk dipanggil ke temuduga sekaligus membuka peluang yang lebih besar untuk menyertai kekosongan jawatan tersebut.



2. Surat iringan permohonan menjelikkan. Surat permohonan anda bukanlah ringkasan daripada resume anda, tetapi kata-kata aluan dengan menerangkan mengapa mereka perlu ambil anda berkhidmat dalam syarikat. Masukkan informasi yang tidak terdapat dalam resume contohnya tugas-tugas yang bakal anda sumbangkan kepada mereka sekiranya diterima bekerja di sana. Usah tulis dengan kata-kata yang terlalu hype dan mengakibatkan bakal majikan berasa jelik ketika membaca surat iringan permohonan anda.

3. Tidak menarik. Usah berkelakuan seperti yang anda begitu terdesak untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Walau bagaimana pun, anda boleh menunjukkan rasa serius anda kepada penemuduga. Tampilkan minat anda untuk bekerja dengan menjawab soalan-soalan semasa temuduga dengan baik dan berisi. Usah biarkan mereka melihat anda solah-olah memandang rendah kepada bakal jawatan yang dipohon.

4. Tidak bersedia untuk bekerja. Tidak serius untuk memulakan kerjaya menyebabkan kegagalan menimpa. Anda sudah tentu biasa mendengar pepatah yang mengatakan “gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”. Ia bukanlah pepatah yang dicipta untuk main-main tetapi untuk memberi peringatan supaya anda tidak leka. Kurangnya persediaan seperti latihan menjawab temuduga, soal selidik syarikat bakal majikan dan kurang minat untuk berkhidmat merupakan masalah yang biasa melanda mereka yang gagal. Untuk berjaya mendapat tempat dalam kerjaya yang diidamkan, anda haruslah membuat persediaan yang perlu dan berkaitan dengan kerjaya tersebut.

5. Fokus yang keterlaluan. Semasa anda ditemuduga, pastikan anda bersikap jujur dengan penemuduga. Kongsikan kelebihan dan kemahiran yang ada pada diri anda secara santai. Kejujuran anda merupakan kunci utama kejayaan dalam karier anda. Usah terlebih bicara hingga menimbulkan kesangsian kepada majikan. Elakkan daripada menceritakan kemahiran yang tiada pada diri anda kerana ia bakal menjerat anda apabila diterima berkerja nanti. Bila disuruh untuk berbuat demikian, anda terkial-kial memberitahu yang anda sebenarnya tidak mampu menunaikan kata-kata anda.

Kesimpulannya, memang tidak mudah untuk mendapatkan pekerjaan yang diidam-idamkan. Tetapi bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk mencapainya. Tunjukkan kesungguhan anda bermula dengan resume yang terampil, surat iringan yang menawan dan sesi temuduga yang cemerlang. Sebenarnya, apa yang anda lakukan itu adalah cerminan kepada diri anda.

Good Luck!!

P.S : Layari rahsia resume kerja untuk mengetahui lebih banyak rahsia dalam sesebuah resume kerja!
        [+] Rahsia Resume Kerja -klik



Info berkaitan : Rahsia Resume Kerja 
                          Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan
                         Rahsia Bijak Temuduga 

Friday, 11 March 2016

4 Perkara Wajib Graduan Nak Cari Kerja, Buat 4 Perkara Ini Dulu

Nak sukses dalam kerjaya?

CIPTA blok masa lapang anda dan mula 'berjasa' pada diri sendiri

Sebenarnya pada waktu lapang sebegini adalah waktu paling sesuai anda luangkan masa
'perbaiki resume' anda.

Betul. Tanpa gangguan

Ini apa yang anda perlu lakukan;

1 - Dapatkan iklan kerja kosong melalui Portal Kerja Kosong

2 - Fahami skop kerja jawatan yang diiklankan

3 - Cari laman web syarikat atau organisasi tersebut

4 - Studi sedikit sebanyak latarbelakang syarikat dan core activity syarikat
tersebut

5 - Mula 'craft' resume anda

-----------
Ini komponen yang bakal menjadikan resume anda 'stand out' dari
resume pemohon lain

>> Masukkan 'career objective' yang SPESIFIK kepada jawatan tersebut

>> Buang komponen yang tak ada kaitan dengan jawatan tersebut.
Contohnya subjek universiti yang di luar skop jawatan

>> Masukkan komponen yang berkaitan dan bersesuaian dengan jawatan itu

>> Maksimum 2 PAGE sahaja


SERTAKAN surat iringan (cover letter) bersama resume anda. Apa yang perlu
anda tambah cover letter yang biasa anda buat adalah;

>> Bagaimana anda boleh membantu syarikat dalam meningkatkan SESUATU

Maklumat ini anda boleh dapat dari laman web syarikat yang anda pohon
itu (step diatas)




[----------TIPS Extra--------]

Cuba buat carian di internet mengenai aktiviti terkini syarikat tersebut dan masukkan komponen tersebut dalam surat iringan anda

Cari di akhbar online (BH,STAR, NST etc)
Juga di Facebook syarikat jika ada

[-------TAMAT TIPS Extra------]


Apa sebenarnya yang anda lakukan
dari perkongsian hari ini

[PERTAMA]
Resume anda spesifik untuk syarikat tersebut sahaja

[KEDUA]
Resume anda spesifik untuk jawatan yang ditawarkan sahaja

[KETIGA]
Cover letter anda menunjukkan anda ada kualiti untuk menyumbang kepada
perkembangan syarikat

[KEEMPAT]
Cover letter anda menunjukkan anda obses dan peka dengan aktiviti syarikat.


Selepas selesai UPGRADE 4 perkara ini baru anda boleh hantar untuk
mohon kerja pada syarikat tersebut

Cuba lah!


p/s Untuk template, susunan yang lebih teliti, anda perlukan rujukan resume
ini. Ianya telah membantu ribuan graduan sejak tahun 2012.

Lihat di;

[+] Rahsia Resume





Monday, 29 February 2016

Rujukan Exam Online Separa Perubatan

Anda dipanggil untuk menduduki peperiksaan online separa perubatan?

Jika Ya,tahniah kami ucapkan.


- Exam Online ada trick nya

- Jawab exam Google je?

Subject: Exam SPA Open Book?



Bagaimana dengan persediaan untuk peperiksaan Separa Perubatan anda? Harap semuanya berada
dalam keadaan teratur!

Ada yang ambil mudah kerana ianya adalah peperiksaan Online

Tetapi percayalah, mengikut pengalaman Tim Infokerjaya ianya tidak memberikan anda
'advantage' besar.

Ini tanggapan calon;

"Open book maa! Waktu exam pun boleh studi. Google ja"

----------
Anda akan menyesal bila buat begini - Tim Infokerjaya
-----------

Anda akan berada dalam keadaan yang 'sangat kalut' bila anda buat begini.

1 - Soalan banyak
2 - Talian internet sangat penting

Kita cadangkan anda hanya buka browser peperiksaan sahaja.

Jangan buka multiple browser

Lihat apa berlaku pada calon exam online yang lalu. Sistem
'hang + jammed'

Apa yang menyedihkan, ianya tidak berlaku kepada semua
calon. Hanya sebahagian sahaja  dan majoriti mereka adalah yang buka 'multiple browser'
dengan tujuan nak cari maklumat masa jawab exam!

Erkkkk!

Jangan jadi macam ini. Buat persediaan seawal mungkin.

Rujukan ini akan membantu persediaan
anda;

[+] Rujukan Exam Online Separa Perubatan (klik)

Jangan ambil mudah dan jangan biarkan kesilapan ini membunuh
potensi lulus anda

Semoga berjaya!

-Tips Graduan

Wednesday, 2 December 2015

Tips Daripada Kaunselor Kerjaya Khas Untuk Graduan CGPA Rendah

RAHSIA RESUME KERJA

Apa lagi impian graduan jika bukan dipanggil ke temuduga dengan persediaan
yang mantap. Kan?

Ok ini cerita graduan yang CGPA kurang 3.0 Pasti akan ada sedikit rasa rendah diri dalam nak cari
kerja. Ya lah, bersaing dengan graduan lain yang CGPA tinggi. Apa
ada peluang ke....

Peluang anda tetap ada. Ini saya kongsikan tips dari Kaunselor Kerjaya khas untuk mereka yang CGPA kurang 3.0

Temuduga Kerja,Tips Resume,Kerja Kerajaan,Kerja Kosong,Tips Lulus Temuduga


Kita abaikan bab motivasi yakin pada diri sendiri bla bla bla.. Alah yang biasa 'motivator' cerita tu.

Fokus kepada 'key point'. Ini nasihat dari beliau;

1 - Tingkatkan kemahiran komunikasi
2 - Mahir pertuturan bahasa inggeris
3 - Tambah keyakinan diri
4 - Skill 'enrichment'. Tambah skill bererti anda tambah nilai diri
pada anda. Belajar Bahasa Mandarin mungkin?
5 - Perbaiki penampilan (Grooming)

Serius, anda kena buat 5 Perkara ini dan inshaAllah ianya akan memberikan
impak pada sesi temuduga anda.


Apa yang 5 Perkara ini buat adalah;

"Tutup kelemahan CGPA anda dengan tonjolkan nilai tinggi anda pada komunikasi, keyakinan, penampilan dan extra skill anda"

Pada ketika itu, CGPA anda tidak akan dipandang dan yang dipandang adalah batang tubuh seorang graduan dan bakal pekerja yang hebat!

.
.
.

BRAVO!
.
.
.

Tetapi tak guna jika semua 5 Perkara itu berjaya dipenuhi jika anda tidak dipanggil ke temuduga

5 Perkara itu hanya akan menjadikan anda HEBAT dan TERBAIK apabila anda berdepan dengan bakal majikan atau bakal penemuduga anda.

LANGKAH PERTAMA anda adalah untuk pastikan anda DIPANGGIL KE TEMUDUGA


... dan untuk dipanggil ke temuduga anda perlu PIKAT mereka yang menapis
RESUME anda...

Sediakan resume yang hebat untuk ianya disenaraikan sebagai calon berpotensi
dan anda perlukan;

[+] RAHSIA RESUME KERJA (klik untuk panduan menulis resume)



Sekali lagi, CGPA rendah tidak mengapa.

Anda boleh 'tutup' kelemahan itu dengan tip 5 Perkara tadi.

Tetapi apa yang lebih penting setelah cukup 5 Perkara itu, pastikan ianya dimanfaatkan dalam sesi temuduga

Untuk itu, anda kena pastikan anda dipanggil temuduga dan kuncinya adalah
RESUME!

[+] RAHSIA RESUME KERJA (klik untuk panduan menulis resume)



Buatlah sesuatu untuk kerjaya anda .


p/s 68,000 orang graduan sebelum ini memberikan peluang untuk mereka dibantu dan mereka senyum diakhirnya.

Kenapa tidak beri peluang untuk diri anda dibantu?


[+] RAHSIA RESUME KERJA (klik untuk panduan menulis resume)













./

Monday, 26 October 2015

Ebook Rujukan Temuduga Pembantu Penguasa Kastam Gred W17

Tak Tahu Nak Prepare Apa UntukTEMUDUGA PEMBANTU PENGUASA KASTAM?

 Kalau Tak PREPARE Memang Susah Nak Lulus! Usah Risau, Anda Di Tempat Yang Betul
Rujukan ini bakal membantu persediaan anda

TAHNIAH untuk anda kerana dipanggil ke sesi Temuduga untuk jawatan Pembantu Penguasa Kastam gred W17. 

Anda bertuah kerana tidak perlu menduduki peperiksaan Online seperti calon lain. Jadi tahun 2015 ini adalah rezeki anda!


Tetapi anda kena sedar, sebenarnya anda sedang bersaing dengan ribuan calon lain yang turut mendapat panggilan temuduga ini. Dan yang pastinya, mereka juga bersemangan sepeti anda!




Ebook ini mengandungi :
*Tips Persediaan Temuduga Kerajaan
*45 Nota Ringkas Kastam & 13 Nota GTP
*51 Soalan Temuduga Kastam yang Kerap Ditanya


Friday, 16 October 2015

Panduan dan Rujukan Untuk Persediaan Peperiksaan ONLINE Calon Jawatan Penolong Akauntan.

Rujukan Serta Contoh Soalan Peperiksaan ONLINE Calon Jawatan Penolong Akauntan W27.

Format ambilan kerajaan berubah lagi kali ini. Ia akan dilangsungkan secara online
dan hanya mengambil masa tak sampai 3 jam!

Ada 3 Seksyen tapi yang paling mengejutkan untuk seksyen C ,anda diberikan masa 9 SAAT SAHAJA untuk jawab 1 soalan...

Oiii! 9 Saat ja. Hadoi!

Tak nak komen. Tapi anda boleh dapatkan rujukan untuk bantu anda
di sini;

[+] Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27

Ini memang cara nak singkirkan  calon yang sangat ramai. Hanya
mereka (ANDA!) yang serius dan berusaha keras inshaAllah berjaya

Anda serius nak masuk kerja kerajaan?
Rujukan Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27,Panduan Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27,Tips Peperiksaan,Tips Lulus Peperiksaan,Tips Temuduga,Info Kerjaya,Tips Graduan


Tim Infokerjaya telah mengeluarkan Rujukan Untuk Peperiksaan ONLINE untuk jawatan Penolong Akauntan W27 dengan kerjasama Tips Graduan.

Disediakan nota ringkas untuk rujukan segera calon peperiksaan. Contoh soalan, penerangan dan pecahan format diberikan untuk bantu calon buat persediaan yang terbaik untuk peperiksaan mereka.

Tawaran ini dibuka selama 3 hari iaitu bermula hari ini,16 Oktober 2015 sehingga 19 Oktober 2015.





Rujukan Dan Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27

Untuk info lanjut dan akses pakej rujukan ini,sila klik pada pautan di bawah.


Pakej ini dibuka sehingga 19 Oktober 2015.

Jangan Ketinggalan.

Jadi,BERTINDAK SEKARANG!






Thursday, 15 October 2015

Cara Tempah Ebook Rujukan Pantas Temuduga Separa Perubatan



Temuduga Separa Perubatan,Temuduga Nurse,Tips Lulus Temuduga,Rujukan Temuduga,Info Kerjaya,Tips Graduan


Cara Tempah Ebook Temuduga Separa Perubatan

1. Klik link[ http://jvsecurepay.com/affiliates/u29temuduga/24829]



Separa Perubatan,Tips Graduan


2. Kemudian pilih sama ada anda pembeli lama atau pembeli baru.

3. Jika anda pernah menjadi pembeli lama, yang pernah membeli ebook rujukan peperiksaan online Separa Perubatan dahulu, anda akan mendapat diskaun sebanyak RM20.

Temuduga Nurse,Temuduga Jururawat


4. Jika anda bukan pembeli terdahulu, anda akan mendapat mesej seperti di bawah.

Temuduga Jururawat,Tips Lulus Temuduga Jururawat

5. Terus isikan emel anda di ruangan emel.


Temuduga Separa Perubatan

6. Maklumat anda sebelum ini akan keluar secara automatik. Klik butang “Pay now!” untuk meneruskan tempahan.

Tips Graduan,Info Kerjaya,Tips Temuduga,Jururawat

7. Dapatkan nombor akaun dan buat pembayaran kepada salah satu nombor akaun yang dipaparkan. Patuhi arahan yang diberikan supaya pembelian anda dapat diproses dengan cepat.



Tips Lulus Temuduga Separa Perubatan


8. Isikan borang tempahan dan tekan butang “Hantar borang”. Tempahan anda akan diuruskan dalam masa 24 – 48 jam.




Terus buat tempahan ebook anda di sini :http://jvsecurepay.com/affiliates/u29temuduga/24829








10 Tips Temuduga Yang Kerap Diabaikan


Kerja Kerajaan,Tips Lulus Temuduga,Kerja Kosong,Tips Graduan,Cara Lulus Temuduga Kerja,Info Kerjaya,


Dalam pasaran kerja semasa, anda perlu bertindak bersama-sama, atau anda tidak akan berpeluang untuk memenangi persaingan kerja yang ada. Periksa diri anda dengan 10 tips temuduga yang kerap diabaikan di bawah ini.



1. Buat kajian. Kaji syarikat bakal majikan anda dan pelajari selok-beloknya yang mungkin termasuklah perkhidmatan, produk, pelanggan dan pesaing kerana ia bakal memberikan kefahaman kepada anda. Lebih banyak perkara yang anda ketahui tentang syarikat tersebut, lebih besar peluang untuk anda “menjual diri” anda semasa temuduga.

2. Pemerhatian teliti. Pilih pakaian yang perlu dipakai semasa temuduga. Bergantung kepada industri dan posisi, dapatkan pakaian terbaik yang boleh anda pakai dan pastikan tiada kesan koyak padanya. Biar pun syarikat yang bakal anda sertai tidak mensyaratkan begitu, anda harus tunjukkan betapa seriusnya anda mahu berkhidmat dengan mereka. Anda berpakaian untuk menampilkan keyakinan anda.

3. Bersedia. Bawa bersama fail yang mengandungi resume, salinan rujukan dan kertas untuk mencatat nota. Anda perlu ada beberapa soalan yang perlu disediakan untuk ditanyakan pada akhir sesi temuduga. Sertakan senarai semak pada kertas kecil untuk semakan akhir sebelum temuduga berlangsung.





4. Tepati masa. Usah datang lewat untuk temuduga. Ambil inisiatif untuk datang lebih awal. Penting untuk anda memperuntukkan masa untuk merancang perjalanan, mungkin anda akan tersesat semasa mencari lokasi temuduga.

5. Tunjukkan minat. Tampilkan minat anda untuk mendapatkan posisi yang ditawarkan menerusi segenap aspek. Bersalaman dengan erat dengan temuduga dan tunjukkan “eye contact” untuk menzahirkan keyakinan anda. Berucaplah dengan nada yang yakin walau pun sebenarnya anda ada sedikit rasa gementar.

6. Dengar. Ini merupakan salah satu kemahiran dalam temuduga yang kerap diabaikan. Anda tidak boleh hanya mendengar. Adakalanya perkara yang tidak dikatakan sama penting dengan apa yang disebutkan.

7. Jawab soalan yang ditanya. Kebanyakan calon tidak fikir sama ada soalan yang diberikan oleh penemuduga benar-benar dijawab atau pun tidak. Mungkin anda faham apa yang ditanya, namun anda boleh mendapatkan penjelasan sekiranya anda tidak pasti.

8. Beri contoh spesifik. Siapkan teks kisah anda sebelum ditemuduga. Berikan contoh yang menceritakan kejayaan dan betapa uniknya anda. Sikap anda yang lalu boleh jadi pengukur kepada prestasi masa depan anda.

9. Tanya soalan. Kebanyakan calon temuduga melepaskan peluang ini kerana tidak berminat untuk mencari informasi yang bernilai.  Soalan yang bakal anda tanyakan menjadi kayu pengukur untuk menilai minat anda terhadap bakal majikan.

10. Tindakan susulan. Sama ada menerusi emel, surat atau panggilan telefon, tindakan susulan untuk menghubungi semula syarikat yang pernah menemuduga anda. Tindakan susulan selepas temuduga adalah peluang untuk mengingatkan penemuduga mengenai semua perkara yang berharga tentang diri anda untuk disumbangkan kepada syarikat. Jangan lepaskan peluang terakhir ini untuk “pasarkan diri” anda.

Kesimpulannya, penting untuk anda yakin dan tenang dalam sesi temuduga. Satu perkara yang patut ada ialah bersedia dengan sebaik-baiknya yang mungkin mengikut kemampuan anda. Dengan mengikuti panduan yang telah disebutkan di atas, anda akan berasa kurang gementar dan bersedia dengan positif untuk membentangkan diri anda.

Jika anda mahu cara nak lulus temuduga kerja kerajaan,maka anda sangat disyorkan untuk membaca panduan ini.

[+]Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan (klik)

[+] Rahsia Resume Kerja (klik)




Jenis Temuduga Yang Perlu Anda Tahu

Sebelum anda pergi ke temuduga, anda perlu tahu beberapa jenis temuduga kerja. Pastinya anda tertanya-tanya apakah jenis temuduga yang bakal anda hadapi supaya anda dapat membuat persediaan awal. Jangan takut untuk bertanya kepada pihak pengendali kerjaya, kerana mereka berkhidmat dengan baik untuk anda dan pihak bakal majikan.

Tips temuduga,Soalan Temuduga,Cara Temuduga,Temuduga Kerja Kerajaan,Contoh Temuduga,Tips Lulus Temuduga


1. Temuduga tradisional. Temuduga ini diadakan secara bersemuka antara anda dengan bakal majikan di mana anda akan bertemu dengan seorang wakil dari syarikat yang dipohon. Oleh sebab anda akan bekerja dengan individu yang bakal membantu anda mendapatkan kerja tersebut, beliau akan mendapatkan maklumat seperti kemahiran anda untuk disesuaikan dengan kriteria kerja yang diperlukan.

Anda akan disoal dengan perkara-perkara seperti pengalaman kerja berpandukan resume yang dihantar, apa yang boleh anda sumbangkan kepada syarikat atau posisi yang ditawarkan. Sebahagian besar penemuduga akan bertanya “Mengapa anda begitu berminat dengan jawatan ini?” atau “Beritahu saya tentang diri anda”.

2. Temuduga sikap. Dalam temuduga sikap, penemuduga akan bertanyakan soalan berdasarkan situasi kerja yang anda pohon. Logik di sebalik temuduga sikap ini adalah untuk menilai prestasi anda menerusi pengalaman lepas menggunakan situasi yang sama. Anda perlu boleh menduga soalan yang bakal ditanya apabila berkaitan dengan pengalaman kerja yang lepas dan bagaimana anda menghadapinya.  Penemuduga akan melihat bagaimana anda mengendalikan situasi yang diberikan dengan permasalahan yang perlu diselesaikan.

3. Temuduga berkumpulan. Banyak syarikat yang mengendalikan temuduga dalam bentuk berkumpulan untuk membuat penilaian pantas terhadap peserta yang bakal diambil bekerja. Ini bakal memberi peluang kepada semua calon belajar dengan pantas mengenai syarikat bakal majikan mereka. Biasanya panel temuduga akan membuat penerangan ringkas mengenai syarikat mereka. Kemudian, mereka akan berbual dengan calon secara individu dan bertanyakan beberapa soalan.

Salah satu perkara penting yang bakal majikan perhatikan semasa temuduga berkumpulan ini dijalankan ialah bagaimana anda berhubung dengan sesama calon temuduga, sama ada anda bertindak sebagai pemimpin atau anda hanya lebih gemar menyelesaikan tugas yang diberikan. Ianya bergantung kepada jenis personaliti anda untuk memenuhi posisi kerja yang ditawarkan.



4. Temuduga makan tengahari. Kebiasaannya temuduga ini merupakan temuduga kedua selepas anda melepasi tapisan temuduga yang pertama. Syarikat akan menjemput anda untuk makan tengahari bersama dengan beberapa orang rakan kongsi untuk mengenali anda dan bagaimana anda boleh menyesuaikan diri dengan mereka. Ini adalah masa yang terbaik untuk anda bertanyakan soalan yang anda mahu tahu berkaitan dengan syarikat atau posisi anda di syarikat tersebut. Jadi sediakan soalan anda  lebih awal sebelum bertemu dengan mereka.

Meskipun ada dihidangkan dengan makanan, temuduga tersebut tidaklah berkaitan dengannya. Usah memesan makanan yang mahal atau sukar untuk dimakan. Anda tidak perlu menawarkan diri untuk belanja mereka, ia bukanlah perkara yang diharapkan kepada bakal pekerja baru untuk berbuat demikian. Kunyah makanan perlahan-lahan dan makan dengan suapan yang kecil supaya anda mudah menjawab soalan yang dilontarkan semasa menikmati makanan. Sukar untuk menjawab jika mulut anda penuh dengan makanan.

Kesimpulannya, tidak kira apa pun jenis temuduga yang bakal anda hadapi, lakukan persediaan yang sebaik mungkin supaya anda boleh menampilkan kehebatan diri anda untuk merebut jawatan yang ditawarkan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...