Wednesday 2 December 2015

Tips Daripada Kaunselor Kerjaya Khas Untuk Graduan CGPA Rendah

RAHSIA RESUME KERJA

Apa lagi impian graduan jika bukan dipanggil ke temuduga dengan persediaan
yang mantap. Kan?

Ok ini cerita graduan yang CGPA kurang 3.0 Pasti akan ada sedikit rasa rendah diri dalam nak cari
kerja. Ya lah, bersaing dengan graduan lain yang CGPA tinggi. Apa
ada peluang ke....

Peluang anda tetap ada. Ini saya kongsikan tips dari Kaunselor Kerjaya khas untuk mereka yang CGPA kurang 3.0

Temuduga Kerja,Tips Resume,Kerja Kerajaan,Kerja Kosong,Tips Lulus Temuduga


Kita abaikan bab motivasi yakin pada diri sendiri bla bla bla.. Alah yang biasa 'motivator' cerita tu.

Fokus kepada 'key point'. Ini nasihat dari beliau;

1 - Tingkatkan kemahiran komunikasi
2 - Mahir pertuturan bahasa inggeris
3 - Tambah keyakinan diri
4 - Skill 'enrichment'. Tambah skill bererti anda tambah nilai diri
pada anda. Belajar Bahasa Mandarin mungkin?
5 - Perbaiki penampilan (Grooming)

Serius, anda kena buat 5 Perkara ini dan inshaAllah ianya akan memberikan
impak pada sesi temuduga anda.


Apa yang 5 Perkara ini buat adalah;

"Tutup kelemahan CGPA anda dengan tonjolkan nilai tinggi anda pada komunikasi, keyakinan, penampilan dan extra skill anda"

Pada ketika itu, CGPA anda tidak akan dipandang dan yang dipandang adalah batang tubuh seorang graduan dan bakal pekerja yang hebat!

.
.
.

BRAVO!
.
.
.

Tetapi tak guna jika semua 5 Perkara itu berjaya dipenuhi jika anda tidak dipanggil ke temuduga

5 Perkara itu hanya akan menjadikan anda HEBAT dan TERBAIK apabila anda berdepan dengan bakal majikan atau bakal penemuduga anda.

LANGKAH PERTAMA anda adalah untuk pastikan anda DIPANGGIL KE TEMUDUGA


... dan untuk dipanggil ke temuduga anda perlu PIKAT mereka yang menapis
RESUME anda...

Sediakan resume yang hebat untuk ianya disenaraikan sebagai calon berpotensi
dan anda perlukan;

[+] RAHSIA RESUME KERJA (klik untuk panduan menulis resume)



Sekali lagi, CGPA rendah tidak mengapa.

Anda boleh 'tutup' kelemahan itu dengan tip 5 Perkara tadi.

Tetapi apa yang lebih penting setelah cukup 5 Perkara itu, pastikan ianya dimanfaatkan dalam sesi temuduga

Untuk itu, anda kena pastikan anda dipanggil temuduga dan kuncinya adalah
RESUME!

[+] RAHSIA RESUME KERJA (klik untuk panduan menulis resume)



Buatlah sesuatu untuk kerjaya anda .


p/s 68,000 orang graduan sebelum ini memberikan peluang untuk mereka dibantu dan mereka senyum diakhirnya.

Kenapa tidak beri peluang untuk diri anda dibantu?


[+] RAHSIA RESUME KERJA (klik untuk panduan menulis resume)













./

Monday 26 October 2015

Ebook Rujukan Temuduga Pembantu Penguasa Kastam Gred W17

Tak Tahu Nak Prepare Apa UntukTEMUDUGA PEMBANTU PENGUASA KASTAM?

 Kalau Tak PREPARE Memang Susah Nak Lulus! Usah Risau, Anda Di Tempat Yang Betul
Rujukan ini bakal membantu persediaan anda

TAHNIAH untuk anda kerana dipanggil ke sesi Temuduga untuk jawatan Pembantu Penguasa Kastam gred W17. 

Anda bertuah kerana tidak perlu menduduki peperiksaan Online seperti calon lain. Jadi tahun 2015 ini adalah rezeki anda!


Tetapi anda kena sedar, sebenarnya anda sedang bersaing dengan ribuan calon lain yang turut mendapat panggilan temuduga ini. Dan yang pastinya, mereka juga bersemangan sepeti anda!




Ebook ini mengandungi :
*Tips Persediaan Temuduga Kerajaan
*45 Nota Ringkas Kastam & 13 Nota GTP
*51 Soalan Temuduga Kastam yang Kerap Ditanya


Friday 16 October 2015

Panduan dan Rujukan Untuk Persediaan Peperiksaan ONLINE Calon Jawatan Penolong Akauntan.

Rujukan Serta Contoh Soalan Peperiksaan ONLINE Calon Jawatan Penolong Akauntan W27.

Format ambilan kerajaan berubah lagi kali ini. Ia akan dilangsungkan secara online
dan hanya mengambil masa tak sampai 3 jam!

Ada 3 Seksyen tapi yang paling mengejutkan untuk seksyen C ,anda diberikan masa 9 SAAT SAHAJA untuk jawab 1 soalan...

Oiii! 9 Saat ja. Hadoi!

Tak nak komen. Tapi anda boleh dapatkan rujukan untuk bantu anda
di sini;

[+] Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27

Ini memang cara nak singkirkan  calon yang sangat ramai. Hanya
mereka (ANDA!) yang serius dan berusaha keras inshaAllah berjaya

Anda serius nak masuk kerja kerajaan?
Rujukan Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27,Panduan Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27,Tips Peperiksaan,Tips Lulus Peperiksaan,Tips Temuduga,Info Kerjaya,Tips Graduan


Tim Infokerjaya telah mengeluarkan Rujukan Untuk Peperiksaan ONLINE untuk jawatan Penolong Akauntan W27 dengan kerjasama Tips Graduan.

Disediakan nota ringkas untuk rujukan segera calon peperiksaan. Contoh soalan, penerangan dan pecahan format diberikan untuk bantu calon buat persediaan yang terbaik untuk peperiksaan mereka.

Tawaran ini dibuka selama 3 hari iaitu bermula hari ini,16 Oktober 2015 sehingga 19 Oktober 2015.





Rujukan Dan Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27

Untuk info lanjut dan akses pakej rujukan ini,sila klik pada pautan di bawah.


Pakej ini dibuka sehingga 19 Oktober 2015.

Jangan Ketinggalan.

Jadi,BERTINDAK SEKARANG!






Thursday 15 October 2015

Cara Tempah Ebook Rujukan Pantas Temuduga Separa Perubatan



Temuduga Separa Perubatan,Temuduga Nurse,Tips Lulus Temuduga,Rujukan Temuduga,Info Kerjaya,Tips Graduan


Cara Tempah Ebook Temuduga Separa Perubatan

1. Klik link[ http://jvsecurepay.com/affiliates/u29temuduga/24829]



Separa Perubatan,Tips Graduan


2. Kemudian pilih sama ada anda pembeli lama atau pembeli baru.

3. Jika anda pernah menjadi pembeli lama, yang pernah membeli ebook rujukan peperiksaan online Separa Perubatan dahulu, anda akan mendapat diskaun sebanyak RM20.

Temuduga Nurse,Temuduga Jururawat


4. Jika anda bukan pembeli terdahulu, anda akan mendapat mesej seperti di bawah.

Temuduga Jururawat,Tips Lulus Temuduga Jururawat

5. Terus isikan emel anda di ruangan emel.


Temuduga Separa Perubatan

6. Maklumat anda sebelum ini akan keluar secara automatik. Klik butang “Pay now!” untuk meneruskan tempahan.

Tips Graduan,Info Kerjaya,Tips Temuduga,Jururawat

7. Dapatkan nombor akaun dan buat pembayaran kepada salah satu nombor akaun yang dipaparkan. Patuhi arahan yang diberikan supaya pembelian anda dapat diproses dengan cepat.



Tips Lulus Temuduga Separa Perubatan


8. Isikan borang tempahan dan tekan butang “Hantar borang”. Tempahan anda akan diuruskan dalam masa 24 – 48 jam.




Terus buat tempahan ebook anda di sini :http://jvsecurepay.com/affiliates/u29temuduga/24829








10 Tips Temuduga Yang Kerap Diabaikan


Kerja Kerajaan,Tips Lulus Temuduga,Kerja Kosong,Tips Graduan,Cara Lulus Temuduga Kerja,Info Kerjaya,


Dalam pasaran kerja semasa, anda perlu bertindak bersama-sama, atau anda tidak akan berpeluang untuk memenangi persaingan kerja yang ada. Periksa diri anda dengan 10 tips temuduga yang kerap diabaikan di bawah ini.



1. Buat kajian. Kaji syarikat bakal majikan anda dan pelajari selok-beloknya yang mungkin termasuklah perkhidmatan, produk, pelanggan dan pesaing kerana ia bakal memberikan kefahaman kepada anda. Lebih banyak perkara yang anda ketahui tentang syarikat tersebut, lebih besar peluang untuk anda “menjual diri” anda semasa temuduga.

2. Pemerhatian teliti. Pilih pakaian yang perlu dipakai semasa temuduga. Bergantung kepada industri dan posisi, dapatkan pakaian terbaik yang boleh anda pakai dan pastikan tiada kesan koyak padanya. Biar pun syarikat yang bakal anda sertai tidak mensyaratkan begitu, anda harus tunjukkan betapa seriusnya anda mahu berkhidmat dengan mereka. Anda berpakaian untuk menampilkan keyakinan anda.

3. Bersedia. Bawa bersama fail yang mengandungi resume, salinan rujukan dan kertas untuk mencatat nota. Anda perlu ada beberapa soalan yang perlu disediakan untuk ditanyakan pada akhir sesi temuduga. Sertakan senarai semak pada kertas kecil untuk semakan akhir sebelum temuduga berlangsung.





4. Tepati masa. Usah datang lewat untuk temuduga. Ambil inisiatif untuk datang lebih awal. Penting untuk anda memperuntukkan masa untuk merancang perjalanan, mungkin anda akan tersesat semasa mencari lokasi temuduga.

5. Tunjukkan minat. Tampilkan minat anda untuk mendapatkan posisi yang ditawarkan menerusi segenap aspek. Bersalaman dengan erat dengan temuduga dan tunjukkan “eye contact” untuk menzahirkan keyakinan anda. Berucaplah dengan nada yang yakin walau pun sebenarnya anda ada sedikit rasa gementar.

6. Dengar. Ini merupakan salah satu kemahiran dalam temuduga yang kerap diabaikan. Anda tidak boleh hanya mendengar. Adakalanya perkara yang tidak dikatakan sama penting dengan apa yang disebutkan.

7. Jawab soalan yang ditanya. Kebanyakan calon tidak fikir sama ada soalan yang diberikan oleh penemuduga benar-benar dijawab atau pun tidak. Mungkin anda faham apa yang ditanya, namun anda boleh mendapatkan penjelasan sekiranya anda tidak pasti.

8. Beri contoh spesifik. Siapkan teks kisah anda sebelum ditemuduga. Berikan contoh yang menceritakan kejayaan dan betapa uniknya anda. Sikap anda yang lalu boleh jadi pengukur kepada prestasi masa depan anda.

9. Tanya soalan. Kebanyakan calon temuduga melepaskan peluang ini kerana tidak berminat untuk mencari informasi yang bernilai.  Soalan yang bakal anda tanyakan menjadi kayu pengukur untuk menilai minat anda terhadap bakal majikan.

10. Tindakan susulan. Sama ada menerusi emel, surat atau panggilan telefon, tindakan susulan untuk menghubungi semula syarikat yang pernah menemuduga anda. Tindakan susulan selepas temuduga adalah peluang untuk mengingatkan penemuduga mengenai semua perkara yang berharga tentang diri anda untuk disumbangkan kepada syarikat. Jangan lepaskan peluang terakhir ini untuk “pasarkan diri” anda.

Kesimpulannya, penting untuk anda yakin dan tenang dalam sesi temuduga. Satu perkara yang patut ada ialah bersedia dengan sebaik-baiknya yang mungkin mengikut kemampuan anda. Dengan mengikuti panduan yang telah disebutkan di atas, anda akan berasa kurang gementar dan bersedia dengan positif untuk membentangkan diri anda.

Jika anda mahu cara nak lulus temuduga kerja kerajaan,maka anda sangat disyorkan untuk membaca panduan ini.

[+]Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan (klik)

[+] Rahsia Resume Kerja (klik)




Jenis Temuduga Yang Perlu Anda Tahu

Sebelum anda pergi ke temuduga, anda perlu tahu beberapa jenis temuduga kerja. Pastinya anda tertanya-tanya apakah jenis temuduga yang bakal anda hadapi supaya anda dapat membuat persediaan awal. Jangan takut untuk bertanya kepada pihak pengendali kerjaya, kerana mereka berkhidmat dengan baik untuk anda dan pihak bakal majikan.

Tips temuduga,Soalan Temuduga,Cara Temuduga,Temuduga Kerja Kerajaan,Contoh Temuduga,Tips Lulus Temuduga


1. Temuduga tradisional. Temuduga ini diadakan secara bersemuka antara anda dengan bakal majikan di mana anda akan bertemu dengan seorang wakil dari syarikat yang dipohon. Oleh sebab anda akan bekerja dengan individu yang bakal membantu anda mendapatkan kerja tersebut, beliau akan mendapatkan maklumat seperti kemahiran anda untuk disesuaikan dengan kriteria kerja yang diperlukan.

Anda akan disoal dengan perkara-perkara seperti pengalaman kerja berpandukan resume yang dihantar, apa yang boleh anda sumbangkan kepada syarikat atau posisi yang ditawarkan. Sebahagian besar penemuduga akan bertanya “Mengapa anda begitu berminat dengan jawatan ini?” atau “Beritahu saya tentang diri anda”.

2. Temuduga sikap. Dalam temuduga sikap, penemuduga akan bertanyakan soalan berdasarkan situasi kerja yang anda pohon. Logik di sebalik temuduga sikap ini adalah untuk menilai prestasi anda menerusi pengalaman lepas menggunakan situasi yang sama. Anda perlu boleh menduga soalan yang bakal ditanya apabila berkaitan dengan pengalaman kerja yang lepas dan bagaimana anda menghadapinya.  Penemuduga akan melihat bagaimana anda mengendalikan situasi yang diberikan dengan permasalahan yang perlu diselesaikan.

3. Temuduga berkumpulan. Banyak syarikat yang mengendalikan temuduga dalam bentuk berkumpulan untuk membuat penilaian pantas terhadap peserta yang bakal diambil bekerja. Ini bakal memberi peluang kepada semua calon belajar dengan pantas mengenai syarikat bakal majikan mereka. Biasanya panel temuduga akan membuat penerangan ringkas mengenai syarikat mereka. Kemudian, mereka akan berbual dengan calon secara individu dan bertanyakan beberapa soalan.

Salah satu perkara penting yang bakal majikan perhatikan semasa temuduga berkumpulan ini dijalankan ialah bagaimana anda berhubung dengan sesama calon temuduga, sama ada anda bertindak sebagai pemimpin atau anda hanya lebih gemar menyelesaikan tugas yang diberikan. Ianya bergantung kepada jenis personaliti anda untuk memenuhi posisi kerja yang ditawarkan.



4. Temuduga makan tengahari. Kebiasaannya temuduga ini merupakan temuduga kedua selepas anda melepasi tapisan temuduga yang pertama. Syarikat akan menjemput anda untuk makan tengahari bersama dengan beberapa orang rakan kongsi untuk mengenali anda dan bagaimana anda boleh menyesuaikan diri dengan mereka. Ini adalah masa yang terbaik untuk anda bertanyakan soalan yang anda mahu tahu berkaitan dengan syarikat atau posisi anda di syarikat tersebut. Jadi sediakan soalan anda  lebih awal sebelum bertemu dengan mereka.

Meskipun ada dihidangkan dengan makanan, temuduga tersebut tidaklah berkaitan dengannya. Usah memesan makanan yang mahal atau sukar untuk dimakan. Anda tidak perlu menawarkan diri untuk belanja mereka, ia bukanlah perkara yang diharapkan kepada bakal pekerja baru untuk berbuat demikian. Kunyah makanan perlahan-lahan dan makan dengan suapan yang kecil supaya anda mudah menjawab soalan yang dilontarkan semasa menikmati makanan. Sukar untuk menjawab jika mulut anda penuh dengan makanan.

Kesimpulannya, tidak kira apa pun jenis temuduga yang bakal anda hadapi, lakukan persediaan yang sebaik mungkin supaya anda boleh menampilkan kehebatan diri anda untuk merebut jawatan yang ditawarkan.


Surat Panggilan Temuduga SPA Tidak Lagi Dikeluarkan Secara Pos


Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia(SPA),surat panggilan temuduga tidak lagi dikeluarkan secara pos bagi calon-calon yang beralamat di Semenanjung Malaysia, Sarawak (bagi calon di Kuching, Sibu & Miri sahaja), Sabah (bagi calon di Kota Kinabalu, Kudat, Sandakan & Tawau sahaja) dan juga di Wilayah Persekutuan Labuan.

Notis SPA,Kerja Kerajaan,Notis Panggilan Temuduga,Tips Temuduga,Info Kerjaya,Tips Graduan


Notis panggilan temu duga hanya akan dikeluarkan melalui e-mel, SMS dan semakan di laman web SPA. Sehubungan itu, calon-calon diminta untuk mengemaskini e-mel dan nombor telefon bimbit masing-masing.

Perkara ini telah berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2015.


Tuesday 13 October 2015

Strategi Alternatif Untuk Kerja Kerajaan Tanpa Melalui SPA



Susah nak Kerja Kerajaan melalui SPA?

DIDEDAHKAN!

Laluan Alternatif 2015 Untuk TEMBUS Masuk Kerjaya Kerajaan Tanpa Melalui SPA!

Strategi alternatif untuk kerja kerajaan tanpa melalui SPA.

Rahsia ini tidak ramai yang ambil tahu dan kurang persaingan.


 Tahukah anda yang Agensi Kerajaan mengadakan ambilan pekerja tidak melalui SPA bahkan LEBIH MUDAH! Nampak peluang di situ? 241 Senarai Agensi ini untuk anda!

Rebut peluang ini kerana ada 241 Senarai Agensi yang bakal menerima anda bekerja.

Re: Graduan Kecewa, 5 Kali Duduki Peperiksaan SPA Tetapi Gagal


senarai agensi kerajaan







Jika anda graduan baru, mungkin isu ambil peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebanyak 5 kali ini tidak masuk akal. Tetapi jika anda adalah graduan lama, kami tahu anda mengangguk kepala apabila membaca ayat di atas tanda setuju.


Berapa Ramai Yang GAGAL?
Tahun 2010
Jumlah Permohonan: 1,661,687
Jumlah GAGAL: 1,626,626
% GAGAL: 97.89%
Tahun 2011
Jumlah Permohonan: 1,123,692
Jumlah GAGAL: 1,086,882
% GAGAL: 96.72%
Tahun 2012
Jumlah Permohonan: 1,085,877
Jumlah GAGAL: 1,038,542
% GAGAL: 95.64%










Semua data ini adalah dari laporan yang dikeluarkan oleh pihak SPA sendiri. Apa yang anda dapat daripada data di atas? Untuk tahun 2013? Biarlah data itu dengan kesedihan yang ada. Apa lagi yang anda jangkakan?

“Susahnya nak tembus SPA!”

Sekarang anda dah mula percaya dengan pernyataan ‘ambil 5 kali’ peperiksaan SPA. Anda tak salah, cuma anda tak tahu. Hanya mereka yang melaluinya sahaja tahu betapa peritnya mengulangi peperiksaan dan temuduga berkali-kali tetapi masih gagal. Ini bermakna strategi anda perlu diubah…


Lihat saja data yang ada, setiap tahun lebih 1 juta permohonan kerja oleh graduan melalui SPA dan yang malangnya anda boleh lihat berapa % sahaja yang diterima. Dalam hal ini, ianya bukan masalah kualiti graduan,  tetapi kekosongan jawatan dalam Perkhidmatan Awam.


Anda harus ingat usia persaraan telah dinaikkan kepada 60 tahun bermula 1 JULAI 2013 berbanding 58 tahun sebelum ini. Situasi ini juga menyumbang kepada kurangnya kekosongan. Ya…tenaga kerja lama masih banyak yang meneruskan perkhidmatan ke usia 60 tahun.

Apabila gagal untuk tembus menjawat jawatan kerajaan, graduan mula mengeluh dan hampir berputus asa;

Susah masuk jawatan kerajaan

Aku tak ada ‘orang dalam’

Temuduga susah

‘Pointer’ aku rendah

Exam bertulis SPA susah

… tak termasuk yang ‘menyumpah-seranah’ pihak SPA…Ya…memang banyak!


Tim Infokerjaya setiap kali muncul keluhan begini pastinya akan mencadangkan kepada graduan, carilah kerja di luar jawatan kerajaan. Banyak kerja di sektor swasta.

Tapi kebanyakan graduan kembali dan menyatakan hasrat mahu kerja kerajaan. Kenapa HOT sangat jawatan kerajaan ini sehinggakan graduan kita menjadikan ianya matlamat utama dan akhir kerjaya mereka!

Mungkin ini sebabnya, keutamaan dan kelebihan kerja kerajaan. Antaranya..

Elaun Perumahan
Cost of Living Allowance (COLA)
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)
Kenaikan Gaji Setiap Tahun
Kemudahan Pinjaman Wang
Cuti Tahunan mengikut kelayakan
Cuti Bersalin
Pinjaman Perumahan mudah
DUIT PENCEN atau KWSP
 Peluang melanjutkan pelajaran
Peluang naik pangkat
…dan banyak lagi!

SMILE

Boleh kami bertanya?

Kenapa tak cuba masuk kerjaya kerajaan melalui Agensi Kerajaan? Kenapa hanya cuba melalui SPA?

Dah cuba mohon pekerjaan di;
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis
Lembaga Pembangunan Langkawi
Perbadanan Bukit Bendera
Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency-MQA)
Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
Yayasan Negeri Sembilan
Institut Pengurusan & Integriti Melaka (INSPIM)
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia

Semua di atas menawarkan kerja kosong bukan melalui SPA. Anda tak jumpa jawatan mereka di SPA. Pegawai di sana menikmati gaji dan kelebihan yang setara pegawai kerajaan melalui SPA.
Tahukah anda berapa banyak badan berkanun dan agensi seluruh negara? Kebanyakannya mengambil pekerja tanpa melalui SPA.

Bukankah ini satu peluang besar untuk anda? Mohon melalui SPA dan lengkapkan permohonan anda melalui alternatif agensi juga.

Pada ketika ini, anda bukan sahaja memasang ‘pancing’ di SPA, tetapi memasang pukat di ‘lautan kerja kerajaan’

Berapa luas lautan itu?

Di atas hanya contoh 10 Agensi, kami ada 241 Senarai Lengkap untuk anda ambil peluang kerja di sana. Tetapi percayalah, anda perlukan lebih dari hanya sekadar senarai 241 Agensi ini.
Anda perlukan STRATEGI dan TOOL ‘Puzzle’ ini dilengkapkan untuk anda

Senarai 241 Agensi + Strategi + Tool NINJA!

Komponen 1: Direktori Lengkap 241 Agensi




Komponen 1: Direktori Lengkap 241 Agensi


UPDATE 2015: Jika sebelum ini hanya 203, terkini anda dapat 241 senarai Agensi!
Laman web mereka untuk anda lihat maklumat terkini agensi tersebut

Alamat untuk anda ‘terjah’ pejabat mereka

Nombor telefon untuk anda buat ‘inkuiri’ dan ‘follow up’ – ini sangat penting!
senarai agensi





Komponen 2: Action Plan – 7 Langkah Strategik


Apa yang anda perlu lakukan dengan Komponen 1?

Langkah-langkah mengikut turutan yang perlu anda buat

Susunan strategi yang perlu anda beri PERHATIAN

‘STEP 2′ akan membuatkan anda TERSANGAT MENONJOL dari calon lain!
Strategi khas yang anda tidak boleh lakukan di SPA, hanya untuk Agensi!

7 strategi

7 strategi

Komponen 3: Template Resume

Ianya adalah template KHUSUS untuk permohonan jawatan di Agensi Negeri
Ianya bukan resume yang digunakan jutaan graduan dalam memohon pekerjaan
Ianya adalah TOOL hasil dari strategi di Komponen 2
Template NINJA!
resume


Pakej ini disusun berdasarkan keperluan graduan. Tim Infokerjaya telah membantu graduan sejak tahun 2009 dan lebih 60,000 graduan telah mendapat manfaat daripada kami. Atas pengalaman ini, kami faham apa masalah graduan dan apakah maklumat yang diperlukan oleh graduan.
Anda graduan yang hebat, berkebolehan dan layak mendapat tempat. Apa yang anda perlukan adalah MAKLUMAT dan PELUANG. Pakej ini adalah SOLUSI untuk keperluan anda


Lihat Apa Kata Mereka
4

5
3

2

1



Sudah-sudahlah mengeluh.

Sekali lagi kami nyatakan, ANDA ADALAH SEORANG GRADUAN YANG HEBAT! Apa yang anda perlukan adalah MAKLUMAT dan PELUANG. Kami bantu anda dengan maklumat dan peluang ini dan pada ketika ini, anda yang memilihnya.

Pilih untuk masuk melalui SPA dan berpeluang CERAH untuk masuk golongan 90% GAGAL atau buka peluang yang LEBIH LUAS dengan membuat permohonan melalui SPA + ratusan AGENSI seluruh negara.

Jangan berlengah lagi. Pembelian anda diberikan Jaminan Pulangan Wang 30 hari dari tarikh pembelian anda. Tak perlu risau

Buat Pembelian Sekarang dengan harga jualan..
RM10 (kouta penuh)
RM20 (kouta penuh)
RM30 (sekarang)
RM40
RM50



KLIK SINI untuk pembelian.



Rujukan Exam Online Separa Perubatan


Ujian Online Separa Perubatan,Jururawat,Kerja Jururawat,Temuduga Jururawat,Tips Graduan,Info Kerjaya,SPA,Ujian SPA,Tips Exam Online

Exam Online ada trick nya.

Jawab exam Google je?

Exam SPA Open Book?

Bagaimana dengan persediaan untuk peperiksaan Separa Perubatan anda? Harap semuanya berada
dalam keadaan teratur!

Ada yang ambil mudah kerana ia adalah peperiksaan Online

Tetapi percayalah, mengikut pengalaman Tim Infokerjaya ianya tidak memberikan anda
'advantage' besar.

Ini tanggapan calon;

"Open book maa! Waktu exam pun boleh study. Google ja"

----------
Anda akan menyesal bila buat begini - Tim Infokerjaya
-----------

Anda akan berada dalam keadaan yang 'sangat kalut' bila anda buat begini.

1 - Soalan banyak
2 - Talian internet sangat penting

Kita cadangkan anda hanya buka browser peperiksaan sahaja.

Jangan buka multiple browser

Lihat apa berlaku pada calon exam online yang lalu. Sistem
'hang + jammed'

Apa yang menyedihkan, ia tidak berlaku kepada semua calon. Hanya sebahagian sahaja dan majoriti mereka adalah yang buka 'multiple browser'dengan tujuan nak cari maklumat
masa jawab exam!

Erkkkk!

Jangan jadi macam ini. Buat persediaan seawal mungkin.

Rujukan ini akan membantu persediaan anda;

[+] Rujukan Pantas Peperiksaan Online Separa Perubatan (klik)

Rujukan khas untuk peperiksaan ONLINE Separa Perubatan. Peperiksaan ini khas untuk kemasukan ke "Latihan Separa Perubatan". Ia merupakan ambilan terbanyak di SPA setiap tahun.

Jangan ambil mudah dan jangan biarkan kesilapan ini membunuh potensi lulus anda

-Tips Graduan-

Skim Latihan 1 Malaysia Kerjaya Jururawat

Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk memantapkan graduan keluaran diploma kejururawatan dengan kemahiran dan pengalaman yang boleh meningkatkan kelangsungan mereka untuk mendapat pekerjaan yang baik.
   
Program ini bakal mendedahkan graduan lepasan kursus kejururawatan peringkat diploma Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi menaiktaraf kemahiran klinikal sekaligus meningkatkan pembangunan sahsiah dan keyakinan kendiri.

Temuduga Jururawat, Soalan Temuduga Jururawat, Mohon Jururawat

   
Program SL1M Jururawat sudah pun dimulakan pada tahun 2013. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan dan paling lama 1 tahun. Setiap peserta akan menerima beberapa bantuan seperti elaun bulanan sekurang-kurangnya RM900 sepanjang tempoh latihan diadakan.

Graduan yang hendak menyertai SL1M Jururawat mestilah terdiri dari warganegara Malaysia, memiliki kelulusan dalam Diploma Kejururawatan Institusi Pengajian Tinggi dari Malaysia, berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia, graduan yang menganggur 6 bulan selepas tamat pengajian atau 6 bulan selepas menerima transkrip peperiksaan dan graduan yang telah bekerja tetapi tidak menerima gaji atau tidak setaraf dengan kelulusan yang dimiliki.

Mereka yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan dengan memohon di laman sesawang www.moh.gov.my serta mengisi borang pendaftaran yang disediakan. Sertakan salinan sijil yang diminta bersama dokumen yang berikut :

• Borang pendaftaran peserta
• Resume (biodata)
• Salinan Mykad
• Diploma kejururawatan atau ijazah sarjana muda
• Transkrip peperiksaan
• Perakuan Pendaftaran Lembaga Jururawat Malaysia
• Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
• Sijil ko-kurikulum
• Rekod Kesihatan (untuk pesakit kronik)


Setelah borang selesai diisi, hantarkan borang tersebut bersama salinan sijil yang berkaitan kepada Sekretariat SL1M Jurawat kepada :

Bahagian Pengurusan Latihan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Menara Prisma, Aras 6,
Persiaran Perdana, Presint 3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62675 Putrajaya
Tel : 03-8885 0600
Faks : 03-8885 0747
   

Kriteria pemilihan calon SL1M Jururawat

Sekretariat SL1M Jururawat akan menyenaraikan nama-nama peserta SL1M Jururawat kepada pihak hospital. Mereka akan membuat pemilihan bagi calon-calon yang dikehendaki. Penempatan calon SL1M Jururawat juga dibuat berpandukan kepada keperluan hospital yang menyertai program ini.
   
Peserta program SL1M Jururawat berpeluang diserap sebagai kakitangan tetap dalam hospital bergantung kepada prestasi peserta dan kekosongan jawatan yang ada. Walau bagaimana pun, peserta boleh ditamatkan latihan sekiranya selepas 6 bulan program dijalankan mereka tidak berjaya menampilkan prestasi yang memberangsangkan. Sekiranya peserta program SL1M Jururawat yang ditawarkan peluang pekerjaan di tempat lain boleh menamatkan latihan dengan menghantar surat perletakan jawatan bersama surat tawaran kerja yang diterima.


Modul dalam SL1M Jururawat

Peserta SL1M Jururawat akan diberikan pendedahan kemahiran insaniah (soft skill) dalam latihan dalaman serta kursus-kursus dalam latihan semasa penempatan. Terdapat 8 modul yang bakal diajarkan dalam SL1M Jururawat iaitu :

• Pain Score
• Neonatal Resuscitation
• National Nursing Audits
• Nursing Documentation
• Acute Nursing Procedure
• Infection Control Practices
• Management of Emergency Trolley
• Nursing Management of Non Communicable Disease


8 komponen ini akan ditekankan bagi menambahbaik tahap kecekapan dan daya saing di antara peserta SL1M Jururawat supaya lebih kompeten dan yakin. Selain dari 8 modul ini, syarikat yang mengambil bahagian turut menyediakan modul tambahan seperti :
• Communication Skills
• Corporate Culture
• Basic Life Support
• Mentoring Program

Menerusi modul yang disediakan, peserta akan menerima manfaat seperti pendedahan dan pengalaman kerja jururawat yang sebenar sekaligus menambahkan keyakinan diri dan potensi untuk bekerja dalam bidang tersebut. Modul latihan dan kursus tersebut akan diurus dan dijalankan oleh pihak hospital atau pun pihak konsultan.

Pihak syarikat yang memiliki Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta yang Berlesen atau Berdaftar) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang merangkumi :

• Hospital Swasta
• Hospital Psikiatri Swasta
• Pusat Jagaan Ambulatori Swasta
• Rumah Jagaan Kejururawatan Swasta
• Rumah Jagaan Kejururawatan Psikiatri Swasta
• Rumah Bersalin Swasta
• Bank Darah Swasta
• Pusat Hemodialisis Swasta
• Hospis Swasta
• Pusat Kesihatan Mental Masyarakat Swasta
 
Jumlah pengambilan bagi peserta SL1M Jururawat bergantung kepada keupayaan dan kemampuan setiap syarikat yang mengambil bahagian. Setiap syarikat yang menyertai program ini akan menerima insentif Potongan Cukai Berganda atau Double Tax Deduction. Langkah ini dapat mengurangkan kebergantungan syarikat dengan pengambilan jururawat dari luar negara.

Berkaitan dengan kelulusan Potongan Cukai Berganda, ia akan diberikan pada pihak syarikat bermula pada 1 Januari 2013 sehingga 31 Disember 2017. Ia akan mengambil masa selama 5 tahun dari tarikh berkuatkuasa untuk pelaksanaan insentif kepada pihak syarikat selepas mendapat kelulusan dari pihak KKM.

Terus ke laman Pakej Rujukan Kerjaya Jururawat (klik) untuk memastikan anda terus bergelar jururawat.

Monday 12 October 2015

Perkembangan Kerjaya Jururawat di Malaysia

Kerjaya Jururawat di Malaysia sudah bermula di sekitar tahun 1800 di Pulau Pinang dan Singapura. Ia dipelopori oleh anggota dari syarikat East India Co. dan kemudian digantikan oleh rahib Katolik.

Kerja Kerajaan,Temuduga Jururawat, Soalan Temuduga Jururawat, Mohon Jururawat


Pada tahun 1938, latihan sambil bekerja jururawat yang pertama diadakan di Johor Bahru. Ianya terhenti apabila perang dunia kedua melanda pada tahun 1942 hingga 1945.

Pada tahun 1946, Sekolah Kejururawatan yang pertama ditubuhkan di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Jururawat adalah satu kerjaya yang unik kerana ia mempunyai kombinasi "seni" dan "sains". Membantu pesakit sambil mengambil inisiatif pendidikan penjagaan diri sendiri sepanjang masa dan menghulurkan bantuan kepada orang lain apabila mereka sendiri tidak mampu untuk menjaga dan merawat diri sendiri.

Kerjaya ini turut memperkenalkan kesihatan, menolong orang ramai menjadi lebih sihat dan menolong mereka yang sakit meneruskan kehidupan sehingga menjelang usia tua mereka.


Bidang kejururawatan dikatakan unik kerana ia mempunyai keperluan dan permintaan yang tinggi selari dengan teknologi semasa dunia perubatan.

Perubahan, penambahbaikan dan peningkatan dalam kerjaya ini sentiasa dititikberatkan untuk menyahut cabaran negara maju menjelang tahun 2020.

Perkembangan bidang ini dapat diperhatikan menerusi penambahbaikan skim perkhidmatan Jururawat yang ditingkatkan dari Kumpulan Pelaksana kepada Skim Perkhidmatan Bersepadu.

Gred jawatan jururawat yang dahulunya setakat Gred U40 sahaja kini telah diperluaskan kepada Gred U41 hingga ke Gred U54.


Keperluan Kerjaya Jururawat Menurut WHO

World Health Organization (WHO) menetapkan bilangan jururawat kepada penduduk dengan nisbah 1:200. Untuk mencapai jumlah tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat perancangan bagi melatih individu yang berminat untuk menjadi jururawat. Direkodkan bahawa Institut Latihan KKM telah melahirkan 3,000 jururawat yang kompeten dan berwibawa setiap tahun.

Jururawat yang tamat tempoh latihan akan ditempatkan di fasiliti-fasiliti kesihatan KKM. Bilangan jururawat dijangkakan akan terus meningkat dengan adanya pengambilan yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di bawah kategori Separa Perubatan.


Karektor yang perlu ada untuk menjadi jururawat profesional

Seorang jururawat yang profesional perlu memiliki sikap positif, cergas, penyayang, jujur, penyabar, sopan, prihatin, mampu berkomunikasi dengan berkesan.

Selain itu, seorang jururawat yang profesional perlu mengambil inisiatif untuk menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan bidang kejururawatan itu sendiri.

Ini penting bagi memastikan seseorang jururawat tersebut mengikuti perkembangan terbaru berkaitan dengan perkembangan teknologi kesihatan dan perubatan semasa.

Jururawat yang profesional perlu mematuhi semua etika kerja yang telah digariskan. Untuk berkhidmat dengan cemerlang, seseorang jururawat perlu menerapkan ciri-ciri seperti kreatif, inovatif, berfikiran kritis, komited dalam menjalankan tugas, dedikasi, bersikap pemimpin dan mempunyai kemahiran khusus serta mampu mencapai tahap pakar.

Namun begitu, perkara yang paling utama ialah disiplin, boleh bekerjasama sebagai satu pasukan dan patuh pada peraturan yang telah ditetapkan.

Sekiranya anda benar-benar berminat untuk menjadi jururawat, terus ke laman http://jvsecurepay.com/affiliates/jururawat/24829 (klik)



 

Rahsia Resume Kerja

Rahsia Resume,Teknik Menulis Resume,Info Kerjaya,Tips Graduan,Kerja Kerajaan,Jawatan Kosong


Resume adalah tiket untuk ke temuduga kerja.

Dah hantar resume, tapi tak pernah dipanggil untuk temuduga.

Itu keluhan biasa Tim Infokerjaya dengar dan percayalah dengan cara yang betul masalah ini tidak akan terjadi kepada anda.

Ok, ini rahsianya...

.
.
.

Penilai resume biasanya akan mempunyai 3 FOLDER untuk mengkategorikan resume pemohon.

Folder PERTAMA akan menjadi pilihan utama diikuti dengan Folder KEDUA

Folder KETIGA tidak akan dipandang dan ianya akan berakhir di;

- mesih paper shredder
- tong sampah


------
Folder PERTAMA
------

Resume yang menepati kriteria jawatan, menarik, kemas dan mesra majikan


------
Folder KEDUA
------

Resume yang berjaya memikat hati penilai TETAPI sedikit tersasar daripada memenuhi kriteria jawatan yang dipohon.

Backup kepada calon Folder PERTAMA yang mungkin ada masalah komunikasi atau isu gaji.


------
Folder KETIGA
------

Resume yang tidak menepati kriteria jawatan yang ditawarkan


Apa yang paling penting untuk anda tahu,penilai resume hanya mempunyai masa lebih kurang 60 saat untuk 'SCAN' resume anda.

Jadi resume yang 'well-planned' sahaja akan dapat kelebihan masuk ke Folder PERTAMA

Bagaimana nak hasilkan resume yang 'well-planned' yang dimasukkan ke
Folder PERTAMA?

Ini template nya;


[+]http://jvsecurepay.com/affiliates/resume/24829


Rahsia Resume Kerja merupakan sebuah panduan khas untuk menulis resume bagi memohon pekerjaan baik kerja kerajaan atau kerja swasta.



11 Kelebihan Kerja Kerajaan

Anda sedang berusaha untuk menjawat jawatan kerja kerajaan?
Kami doakan supaya anda berjaya mendapat jawatan yang anda impikan.

Sepertimana yang kita sedia maklum,pelbagai kelebihan yang bakal anda nikmati jika anda berjaya menjadi salah seorang kakitangan kerajaan.

Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan,Tips Temuduga ,Tips Graduan,Rujukan Temuduga


Tentunya anda mempunyai harapan yang tinggi menggunung untuk bekerja dengan kerajaan supaya dapat memberi kehidupan yang lebih baik untuk diri sendiri, ibu bapa dan keluarga dengan tawaran-tawaran kompetitif seperti ;

1.Tawaran gaji permulaan yang lumayan serta kenaikan gaji tahunan berdasarkan prestasi

2.Kemudahan perubatan sehingga selepas umur persaraan termasuk ibu bapa sendiri, pasangan dan anak-anak

3.Pemberian imbuhan-imbuhan tetap seperti perumahan dan perkhidmatan awam pada setiap bulan

4.Kemudahan pinjaman rumah, kenderaan dan komputer dengan kos pengurusan yang rendah

5.Kemudahan cuti bersalin sehingga 90 hari untuk wanita

6.Peluang kenaikan pangkat dan laluan kerjaya yang menarik

7.Peluang melanjutkan pelajaran sehingga peringkat Doktor Falsafah (PhD)

8.Pemberian Cost of Living Allowance (COLA)

9.Mendapat taraf jawatan tetap selepas tamat tempoh percubaan

10.Kemudahan pencen untuk menampung kos kehidupan selepas bersara

11.Ganjaran-ganjaran atas kesetiaan perkhidmatan

Namun, calon-calon perlu sedar bahawa jemputan menghadiri temu duga adalah langkah terakhir dan terpenting untuk melayakkan seseorang dilantik berkhidmat dengan perkhidmatan awam.
Banyak Jawatan Kosong Yang Ditawarkan Dan Ramai Juga Yang Memohon!



Berdasarkan statistik yang dikeluarkan pada tahun 2014 oleh Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA); Datuk Ramli Juhari, hampir 2.5 juta permohonan kerja telah diterima untuk menyertai perkhidmatan awam.

Permohonan ini untuk mengisi jangkaan 80,000 kekosongan jawatan dalam sektor awam yang jelas menunjukkan persaingan yang sangat kompetitif di kalangan pemohon untuk memilih berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

“Arrggh! cukup lah! Saya dah tak sanggup dengar mengenai kelebihan dan peluang pekerjaan yang disediakan dalam perkhidmatan awam”, kata anda dalam hati.


Usah risau, sebenarnya anda memang layak terpilih dalam temu duga kerja kerajaan!

Jika anda mahu tahu cara nak lulus temuduga kerja kerajaan untuk jawatan yang anda pohon, maka sangat disyorkan untuk membaca panduan ini.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...