Friday 25 March 2016

Cara Jawab Soalan Yang Biasa Disoal Semasa Temuduga

Contoh Soalan Yang Biasa Di Soal oleh Temuduga:

1.Sila perkenalkan diri.

Soalan ini ringkas, tetapi ramai calon yang gagal menjawabnya.

Berikan jawapan yang ringkas dengan memberi 2 atau 3 pencapaian
yang menandakan anda berada dalam skop kerja yang dimahukan
oleh penemuduga.

Sudahi perbualan  dengan perkara yang meletakkan diri anda dengan tugas yang spesifik.


2. Bagaimana anda tahu syarikat ini?

Apa yang anda tahu tentang syarikat bakal majikan? Jawapan ini boleh didapati dalam laman web syarikat.

Anda boleh menjawab dengan menyatakan matlamat syarikat, visi dan misi.


3. Mengapa anda mahukan kerja ini?

Anda  perlu ingat, syarikat ini mahukan individu yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan.

Anda perlu menyediakan jawapan yang terbaik mengapa anda mahu posisi tersebut.

Masukkan beberapa faktor yang membuatkan anda  layak mendapatkan jawatan yang
ditawarkan.

Anda  boleh katakan bahawa anda  gembira membantu orang lain menyelesaikan masalah.

Dan anda mahu menjadi sebahagian daripada syarikat
untuk belajar dan melakukan sesuatu perkara yang bermakna.


4. Kenapa kami perlu ambil anda bekerja?

Anda boleh katakana bahawa hanya anda mampu menjawat jawatan ini, boleh
memberikan keputusan yang cemerlang dan anda lebih baik daripada calon
yang lain.


5. Apakah kekuatan profesional yang anda  miliki?

Anda perlu jujur untuk menjawab soalan ini. gunakan jawapan yang
benar, bukan hanya mahu didengar oleh penemuduga.

Sertakan kelebihan anda yang releven kepada kriteria jawatan
tersebut dan lebih spesifik seperti komunikasi persuasive atau
“relationship building”.


Adakah anda sudah dipanggil temuduga?

Terus dapatkan Rahsia Bijak Temuduga di bawah ini untuk persiapan temuduga kerja kerajaan anda.

Salam sukses,

Tips Graduan



Info Berkaitan :(klik)

Wednesday 16 March 2016

5 Punca Gagal mendapat Kerjaya Idaman



 1. Resume tidak menyerlah. Setiap kali bakal majikan membuat pengiklanan berkaitan dengan kekosongan jawatan, beratus-ratus permohonan yang akan diterima setiap hari. Mereka sudah pastinya meletakkan keutamaan kepada calon yang memenuhi kriteria yang diperlukan. Resume yang dihantar perlu menepati citarasa atau sekurang-kurangnya bertepatan dengan sebahagian besar ciri-ciri yang diiklankan. Oleh itu, resume anda perlu disertakan dengan pendidikan, pengalaman dan pencapaian yang anda miliki. Komponen tersebut bakal membantu untuk dipanggil ke temuduga sekaligus membuka peluang yang lebih besar untuk menyertai kekosongan jawatan tersebut.



2. Surat iringan permohonan menjelikkan. Surat permohonan anda bukanlah ringkasan daripada resume anda, tetapi kata-kata aluan dengan menerangkan mengapa mereka perlu ambil anda berkhidmat dalam syarikat. Masukkan informasi yang tidak terdapat dalam resume contohnya tugas-tugas yang bakal anda sumbangkan kepada mereka sekiranya diterima bekerja di sana. Usah tulis dengan kata-kata yang terlalu hype dan mengakibatkan bakal majikan berasa jelik ketika membaca surat iringan permohonan anda.

3. Tidak menarik. Usah berkelakuan seperti yang anda begitu terdesak untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Walau bagaimana pun, anda boleh menunjukkan rasa serius anda kepada penemuduga. Tampilkan minat anda untuk bekerja dengan menjawab soalan-soalan semasa temuduga dengan baik dan berisi. Usah biarkan mereka melihat anda solah-olah memandang rendah kepada bakal jawatan yang dipohon.

4. Tidak bersedia untuk bekerja. Tidak serius untuk memulakan kerjaya menyebabkan kegagalan menimpa. Anda sudah tentu biasa mendengar pepatah yang mengatakan “gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”. Ia bukanlah pepatah yang dicipta untuk main-main tetapi untuk memberi peringatan supaya anda tidak leka. Kurangnya persediaan seperti latihan menjawab temuduga, soal selidik syarikat bakal majikan dan kurang minat untuk berkhidmat merupakan masalah yang biasa melanda mereka yang gagal. Untuk berjaya mendapat tempat dalam kerjaya yang diidamkan, anda haruslah membuat persediaan yang perlu dan berkaitan dengan kerjaya tersebut.

5. Fokus yang keterlaluan. Semasa anda ditemuduga, pastikan anda bersikap jujur dengan penemuduga. Kongsikan kelebihan dan kemahiran yang ada pada diri anda secara santai. Kejujuran anda merupakan kunci utama kejayaan dalam karier anda. Usah terlebih bicara hingga menimbulkan kesangsian kepada majikan. Elakkan daripada menceritakan kemahiran yang tiada pada diri anda kerana ia bakal menjerat anda apabila diterima berkerja nanti. Bila disuruh untuk berbuat demikian, anda terkial-kial memberitahu yang anda sebenarnya tidak mampu menunaikan kata-kata anda.

Kesimpulannya, memang tidak mudah untuk mendapatkan pekerjaan yang diidam-idamkan. Tetapi bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk mencapainya. Tunjukkan kesungguhan anda bermula dengan resume yang terampil, surat iringan yang menawan dan sesi temuduga yang cemerlang. Sebenarnya, apa yang anda lakukan itu adalah cerminan kepada diri anda.

Good Luck!!

P.S : Layari rahsia resume kerja untuk mengetahui lebih banyak rahsia dalam sesebuah resume kerja!
        [+] Rahsia Resume Kerja -klik



Info berkaitan : Rahsia Resume Kerja 
                          Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan
                         Rahsia Bijak Temuduga 

Friday 11 March 2016

4 Perkara Wajib Graduan Nak Cari Kerja, Buat 4 Perkara Ini Dulu

Nak sukses dalam kerjaya?

CIPTA blok masa lapang anda dan mula 'berjasa' pada diri sendiri

Sebenarnya pada waktu lapang sebegini adalah waktu paling sesuai anda luangkan masa
'perbaiki resume' anda.

Betul. Tanpa gangguan

Ini apa yang anda perlu lakukan;

1 - Dapatkan iklan kerja kosong melalui Portal Kerja Kosong

2 - Fahami skop kerja jawatan yang diiklankan

3 - Cari laman web syarikat atau organisasi tersebut

4 - Studi sedikit sebanyak latarbelakang syarikat dan core activity syarikat
tersebut

5 - Mula 'craft' resume anda

-----------
Ini komponen yang bakal menjadikan resume anda 'stand out' dari
resume pemohon lain

>> Masukkan 'career objective' yang SPESIFIK kepada jawatan tersebut

>> Buang komponen yang tak ada kaitan dengan jawatan tersebut.
Contohnya subjek universiti yang di luar skop jawatan

>> Masukkan komponen yang berkaitan dan bersesuaian dengan jawatan itu

>> Maksimum 2 PAGE sahaja


SERTAKAN surat iringan (cover letter) bersama resume anda. Apa yang perlu
anda tambah cover letter yang biasa anda buat adalah;

>> Bagaimana anda boleh membantu syarikat dalam meningkatkan SESUATU

Maklumat ini anda boleh dapat dari laman web syarikat yang anda pohon
itu (step diatas)




[----------TIPS Extra--------]

Cuba buat carian di internet mengenai aktiviti terkini syarikat tersebut dan masukkan komponen tersebut dalam surat iringan anda

Cari di akhbar online (BH,STAR, NST etc)
Juga di Facebook syarikat jika ada

[-------TAMAT TIPS Extra------]


Apa sebenarnya yang anda lakukan
dari perkongsian hari ini

[PERTAMA]
Resume anda spesifik untuk syarikat tersebut sahaja

[KEDUA]
Resume anda spesifik untuk jawatan yang ditawarkan sahaja

[KETIGA]
Cover letter anda menunjukkan anda ada kualiti untuk menyumbang kepada
perkembangan syarikat

[KEEMPAT]
Cover letter anda menunjukkan anda obses dan peka dengan aktiviti syarikat.


Selepas selesai UPGRADE 4 perkara ini baru anda boleh hantar untuk
mohon kerja pada syarikat tersebut

Cuba lah!


p/s Untuk template, susunan yang lebih teliti, anda perlukan rujukan resume
ini. Ianya telah membantu ribuan graduan sejak tahun 2012.

Lihat di;

[+] Rahsia Resume





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...