Friday 25 March 2016

Cara Jawab Soalan Yang Biasa Disoal Semasa Temuduga

Contoh Soalan Yang Biasa Di Soal oleh Temuduga:

1.Sila perkenalkan diri.

Soalan ini ringkas, tetapi ramai calon yang gagal menjawabnya.

Berikan jawapan yang ringkas dengan memberi 2 atau 3 pencapaian
yang menandakan anda berada dalam skop kerja yang dimahukan
oleh penemuduga.

Sudahi perbualan  dengan perkara yang meletakkan diri anda dengan tugas yang spesifik.


2. Bagaimana anda tahu syarikat ini?

Apa yang anda tahu tentang syarikat bakal majikan? Jawapan ini boleh didapati dalam laman web syarikat.

Anda boleh menjawab dengan menyatakan matlamat syarikat, visi dan misi.


3. Mengapa anda mahukan kerja ini?

Anda  perlu ingat, syarikat ini mahukan individu yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan.

Anda perlu menyediakan jawapan yang terbaik mengapa anda mahu posisi tersebut.

Masukkan beberapa faktor yang membuatkan anda  layak mendapatkan jawatan yang
ditawarkan.

Anda  boleh katakan bahawa anda  gembira membantu orang lain menyelesaikan masalah.

Dan anda mahu menjadi sebahagian daripada syarikat
untuk belajar dan melakukan sesuatu perkara yang bermakna.


4. Kenapa kami perlu ambil anda bekerja?

Anda boleh katakana bahawa hanya anda mampu menjawat jawatan ini, boleh
memberikan keputusan yang cemerlang dan anda lebih baik daripada calon
yang lain.


5. Apakah kekuatan profesional yang anda  miliki?

Anda perlu jujur untuk menjawab soalan ini. gunakan jawapan yang
benar, bukan hanya mahu didengar oleh penemuduga.

Sertakan kelebihan anda yang releven kepada kriteria jawatan
tersebut dan lebih spesifik seperti komunikasi persuasive atau
“relationship building”.


Adakah anda sudah dipanggil temuduga?

Terus dapatkan Rahsia Bijak Temuduga di bawah ini untuk persiapan temuduga kerja kerajaan anda.

Salam sukses,

Tips Graduan



Info Berkaitan :(klik)

1 comment:

  1. The best casino game in Australia for real money and winnings
    The best casino game in Australia for real money and winnings 경주 출장마사지 · Play Casino · 경주 출장마사지 Slot Machine · Roulette 순천 출장샵 · 영주 출장안마 Video Poker · Slot Machine. 강원도 출장마사지

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...