Thursday 15 October 2015

10 Tips Temuduga Yang Kerap Diabaikan


Kerja Kerajaan,Tips Lulus Temuduga,Kerja Kosong,Tips Graduan,Cara Lulus Temuduga Kerja,Info Kerjaya,


Dalam pasaran kerja semasa, anda perlu bertindak bersama-sama, atau anda tidak akan berpeluang untuk memenangi persaingan kerja yang ada. Periksa diri anda dengan 10 tips temuduga yang kerap diabaikan di bawah ini.



1. Buat kajian. Kaji syarikat bakal majikan anda dan pelajari selok-beloknya yang mungkin termasuklah perkhidmatan, produk, pelanggan dan pesaing kerana ia bakal memberikan kefahaman kepada anda. Lebih banyak perkara yang anda ketahui tentang syarikat tersebut, lebih besar peluang untuk anda “menjual diri” anda semasa temuduga.

2. Pemerhatian teliti. Pilih pakaian yang perlu dipakai semasa temuduga. Bergantung kepada industri dan posisi, dapatkan pakaian terbaik yang boleh anda pakai dan pastikan tiada kesan koyak padanya. Biar pun syarikat yang bakal anda sertai tidak mensyaratkan begitu, anda harus tunjukkan betapa seriusnya anda mahu berkhidmat dengan mereka. Anda berpakaian untuk menampilkan keyakinan anda.

3. Bersedia. Bawa bersama fail yang mengandungi resume, salinan rujukan dan kertas untuk mencatat nota. Anda perlu ada beberapa soalan yang perlu disediakan untuk ditanyakan pada akhir sesi temuduga. Sertakan senarai semak pada kertas kecil untuk semakan akhir sebelum temuduga berlangsung.





4. Tepati masa. Usah datang lewat untuk temuduga. Ambil inisiatif untuk datang lebih awal. Penting untuk anda memperuntukkan masa untuk merancang perjalanan, mungkin anda akan tersesat semasa mencari lokasi temuduga.

5. Tunjukkan minat. Tampilkan minat anda untuk mendapatkan posisi yang ditawarkan menerusi segenap aspek. Bersalaman dengan erat dengan temuduga dan tunjukkan “eye contact” untuk menzahirkan keyakinan anda. Berucaplah dengan nada yang yakin walau pun sebenarnya anda ada sedikit rasa gementar.

6. Dengar. Ini merupakan salah satu kemahiran dalam temuduga yang kerap diabaikan. Anda tidak boleh hanya mendengar. Adakalanya perkara yang tidak dikatakan sama penting dengan apa yang disebutkan.

7. Jawab soalan yang ditanya. Kebanyakan calon tidak fikir sama ada soalan yang diberikan oleh penemuduga benar-benar dijawab atau pun tidak. Mungkin anda faham apa yang ditanya, namun anda boleh mendapatkan penjelasan sekiranya anda tidak pasti.

8. Beri contoh spesifik. Siapkan teks kisah anda sebelum ditemuduga. Berikan contoh yang menceritakan kejayaan dan betapa uniknya anda. Sikap anda yang lalu boleh jadi pengukur kepada prestasi masa depan anda.

9. Tanya soalan. Kebanyakan calon temuduga melepaskan peluang ini kerana tidak berminat untuk mencari informasi yang bernilai.  Soalan yang bakal anda tanyakan menjadi kayu pengukur untuk menilai minat anda terhadap bakal majikan.

10. Tindakan susulan. Sama ada menerusi emel, surat atau panggilan telefon, tindakan susulan untuk menghubungi semula syarikat yang pernah menemuduga anda. Tindakan susulan selepas temuduga adalah peluang untuk mengingatkan penemuduga mengenai semua perkara yang berharga tentang diri anda untuk disumbangkan kepada syarikat. Jangan lepaskan peluang terakhir ini untuk “pasarkan diri” anda.

Kesimpulannya, penting untuk anda yakin dan tenang dalam sesi temuduga. Satu perkara yang patut ada ialah bersedia dengan sebaik-baiknya yang mungkin mengikut kemampuan anda. Dengan mengikuti panduan yang telah disebutkan di atas, anda akan berasa kurang gementar dan bersedia dengan positif untuk membentangkan diri anda.

Jika anda mahu cara nak lulus temuduga kerja kerajaan,maka anda sangat disyorkan untuk membaca panduan ini.

[+]Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan (klik)

[+] Rahsia Resume Kerja (klik)




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...