Monday 12 October 2015

11 Kelebihan Kerja Kerajaan

Anda sedang berusaha untuk menjawat jawatan kerja kerajaan?
Kami doakan supaya anda berjaya mendapat jawatan yang anda impikan.

Sepertimana yang kita sedia maklum,pelbagai kelebihan yang bakal anda nikmati jika anda berjaya menjadi salah seorang kakitangan kerajaan.

Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan,Tips Temuduga ,Tips Graduan,Rujukan Temuduga


Tentunya anda mempunyai harapan yang tinggi menggunung untuk bekerja dengan kerajaan supaya dapat memberi kehidupan yang lebih baik untuk diri sendiri, ibu bapa dan keluarga dengan tawaran-tawaran kompetitif seperti ;

1.Tawaran gaji permulaan yang lumayan serta kenaikan gaji tahunan berdasarkan prestasi

2.Kemudahan perubatan sehingga selepas umur persaraan termasuk ibu bapa sendiri, pasangan dan anak-anak

3.Pemberian imbuhan-imbuhan tetap seperti perumahan dan perkhidmatan awam pada setiap bulan

4.Kemudahan pinjaman rumah, kenderaan dan komputer dengan kos pengurusan yang rendah

5.Kemudahan cuti bersalin sehingga 90 hari untuk wanita

6.Peluang kenaikan pangkat dan laluan kerjaya yang menarik

7.Peluang melanjutkan pelajaran sehingga peringkat Doktor Falsafah (PhD)

8.Pemberian Cost of Living Allowance (COLA)

9.Mendapat taraf jawatan tetap selepas tamat tempoh percubaan

10.Kemudahan pencen untuk menampung kos kehidupan selepas bersara

11.Ganjaran-ganjaran atas kesetiaan perkhidmatan

Namun, calon-calon perlu sedar bahawa jemputan menghadiri temu duga adalah langkah terakhir dan terpenting untuk melayakkan seseorang dilantik berkhidmat dengan perkhidmatan awam.
Banyak Jawatan Kosong Yang Ditawarkan Dan Ramai Juga Yang Memohon!



Berdasarkan statistik yang dikeluarkan pada tahun 2014 oleh Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA); Datuk Ramli Juhari, hampir 2.5 juta permohonan kerja telah diterima untuk menyertai perkhidmatan awam.

Permohonan ini untuk mengisi jangkaan 80,000 kekosongan jawatan dalam sektor awam yang jelas menunjukkan persaingan yang sangat kompetitif di kalangan pemohon untuk memilih berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

“Arrggh! cukup lah! Saya dah tak sanggup dengar mengenai kelebihan dan peluang pekerjaan yang disediakan dalam perkhidmatan awam”, kata anda dalam hati.


Usah risau, sebenarnya anda memang layak terpilih dalam temu duga kerja kerajaan!

Jika anda mahu tahu cara nak lulus temuduga kerja kerajaan untuk jawatan yang anda pohon, maka sangat disyorkan untuk membaca panduan ini.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...