Showing posts with label Kerjaya jururawat. Show all posts
Showing posts with label Kerjaya jururawat. Show all posts

Thursday, 15 October 2015

Cara Tempah Ebook Rujukan Pantas Temuduga Separa Perubatan



Temuduga Separa Perubatan,Temuduga Nurse,Tips Lulus Temuduga,Rujukan Temuduga,Info Kerjaya,Tips Graduan


Cara Tempah Ebook Temuduga Separa Perubatan

1. Klik link[ http://jvsecurepay.com/affiliates/u29temuduga/24829]



Separa Perubatan,Tips Graduan


2. Kemudian pilih sama ada anda pembeli lama atau pembeli baru.

3. Jika anda pernah menjadi pembeli lama, yang pernah membeli ebook rujukan peperiksaan online Separa Perubatan dahulu, anda akan mendapat diskaun sebanyak RM20.

Temuduga Nurse,Temuduga Jururawat


4. Jika anda bukan pembeli terdahulu, anda akan mendapat mesej seperti di bawah.

Temuduga Jururawat,Tips Lulus Temuduga Jururawat

5. Terus isikan emel anda di ruangan emel.


Temuduga Separa Perubatan

6. Maklumat anda sebelum ini akan keluar secara automatik. Klik butang “Pay now!” untuk meneruskan tempahan.

Tips Graduan,Info Kerjaya,Tips Temuduga,Jururawat

7. Dapatkan nombor akaun dan buat pembayaran kepada salah satu nombor akaun yang dipaparkan. Patuhi arahan yang diberikan supaya pembelian anda dapat diproses dengan cepat.



Tips Lulus Temuduga Separa Perubatan


8. Isikan borang tempahan dan tekan butang “Hantar borang”. Tempahan anda akan diuruskan dalam masa 24 – 48 jam.




Terus buat tempahan ebook anda di sini :http://jvsecurepay.com/affiliates/u29temuduga/24829








Tuesday, 13 October 2015

Skim Latihan 1 Malaysia Kerjaya Jururawat

Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk memantapkan graduan keluaran diploma kejururawatan dengan kemahiran dan pengalaman yang boleh meningkatkan kelangsungan mereka untuk mendapat pekerjaan yang baik.
   
Program ini bakal mendedahkan graduan lepasan kursus kejururawatan peringkat diploma Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi menaiktaraf kemahiran klinikal sekaligus meningkatkan pembangunan sahsiah dan keyakinan kendiri.

Temuduga Jururawat, Soalan Temuduga Jururawat, Mohon Jururawat

   
Program SL1M Jururawat sudah pun dimulakan pada tahun 2013. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan dan paling lama 1 tahun. Setiap peserta akan menerima beberapa bantuan seperti elaun bulanan sekurang-kurangnya RM900 sepanjang tempoh latihan diadakan.

Graduan yang hendak menyertai SL1M Jururawat mestilah terdiri dari warganegara Malaysia, memiliki kelulusan dalam Diploma Kejururawatan Institusi Pengajian Tinggi dari Malaysia, berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia, graduan yang menganggur 6 bulan selepas tamat pengajian atau 6 bulan selepas menerima transkrip peperiksaan dan graduan yang telah bekerja tetapi tidak menerima gaji atau tidak setaraf dengan kelulusan yang dimiliki.

Mereka yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan dengan memohon di laman sesawang www.moh.gov.my serta mengisi borang pendaftaran yang disediakan. Sertakan salinan sijil yang diminta bersama dokumen yang berikut :

• Borang pendaftaran peserta
• Resume (biodata)
• Salinan Mykad
• Diploma kejururawatan atau ijazah sarjana muda
• Transkrip peperiksaan
• Perakuan Pendaftaran Lembaga Jururawat Malaysia
• Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
• Sijil ko-kurikulum
• Rekod Kesihatan (untuk pesakit kronik)


Setelah borang selesai diisi, hantarkan borang tersebut bersama salinan sijil yang berkaitan kepada Sekretariat SL1M Jurawat kepada :

Bahagian Pengurusan Latihan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Menara Prisma, Aras 6,
Persiaran Perdana, Presint 3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62675 Putrajaya
Tel : 03-8885 0600
Faks : 03-8885 0747
   

Kriteria pemilihan calon SL1M Jururawat

Sekretariat SL1M Jururawat akan menyenaraikan nama-nama peserta SL1M Jururawat kepada pihak hospital. Mereka akan membuat pemilihan bagi calon-calon yang dikehendaki. Penempatan calon SL1M Jururawat juga dibuat berpandukan kepada keperluan hospital yang menyertai program ini.
   
Peserta program SL1M Jururawat berpeluang diserap sebagai kakitangan tetap dalam hospital bergantung kepada prestasi peserta dan kekosongan jawatan yang ada. Walau bagaimana pun, peserta boleh ditamatkan latihan sekiranya selepas 6 bulan program dijalankan mereka tidak berjaya menampilkan prestasi yang memberangsangkan. Sekiranya peserta program SL1M Jururawat yang ditawarkan peluang pekerjaan di tempat lain boleh menamatkan latihan dengan menghantar surat perletakan jawatan bersama surat tawaran kerja yang diterima.


Modul dalam SL1M Jururawat

Peserta SL1M Jururawat akan diberikan pendedahan kemahiran insaniah (soft skill) dalam latihan dalaman serta kursus-kursus dalam latihan semasa penempatan. Terdapat 8 modul yang bakal diajarkan dalam SL1M Jururawat iaitu :

• Pain Score
• Neonatal Resuscitation
• National Nursing Audits
• Nursing Documentation
• Acute Nursing Procedure
• Infection Control Practices
• Management of Emergency Trolley
• Nursing Management of Non Communicable Disease


8 komponen ini akan ditekankan bagi menambahbaik tahap kecekapan dan daya saing di antara peserta SL1M Jururawat supaya lebih kompeten dan yakin. Selain dari 8 modul ini, syarikat yang mengambil bahagian turut menyediakan modul tambahan seperti :
• Communication Skills
• Corporate Culture
• Basic Life Support
• Mentoring Program

Menerusi modul yang disediakan, peserta akan menerima manfaat seperti pendedahan dan pengalaman kerja jururawat yang sebenar sekaligus menambahkan keyakinan diri dan potensi untuk bekerja dalam bidang tersebut. Modul latihan dan kursus tersebut akan diurus dan dijalankan oleh pihak hospital atau pun pihak konsultan.

Pihak syarikat yang memiliki Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta yang Berlesen atau Berdaftar) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang merangkumi :

• Hospital Swasta
• Hospital Psikiatri Swasta
• Pusat Jagaan Ambulatori Swasta
• Rumah Jagaan Kejururawatan Swasta
• Rumah Jagaan Kejururawatan Psikiatri Swasta
• Rumah Bersalin Swasta
• Bank Darah Swasta
• Pusat Hemodialisis Swasta
• Hospis Swasta
• Pusat Kesihatan Mental Masyarakat Swasta
 
Jumlah pengambilan bagi peserta SL1M Jururawat bergantung kepada keupayaan dan kemampuan setiap syarikat yang mengambil bahagian. Setiap syarikat yang menyertai program ini akan menerima insentif Potongan Cukai Berganda atau Double Tax Deduction. Langkah ini dapat mengurangkan kebergantungan syarikat dengan pengambilan jururawat dari luar negara.

Berkaitan dengan kelulusan Potongan Cukai Berganda, ia akan diberikan pada pihak syarikat bermula pada 1 Januari 2013 sehingga 31 Disember 2017. Ia akan mengambil masa selama 5 tahun dari tarikh berkuatkuasa untuk pelaksanaan insentif kepada pihak syarikat selepas mendapat kelulusan dari pihak KKM.

Terus ke laman Pakej Rujukan Kerjaya Jururawat (klik) untuk memastikan anda terus bergelar jururawat.

Monday, 12 October 2015

Perkembangan Kerjaya Jururawat di Malaysia

Kerjaya Jururawat di Malaysia sudah bermula di sekitar tahun 1800 di Pulau Pinang dan Singapura. Ia dipelopori oleh anggota dari syarikat East India Co. dan kemudian digantikan oleh rahib Katolik.

Kerja Kerajaan,Temuduga Jururawat, Soalan Temuduga Jururawat, Mohon Jururawat


Pada tahun 1938, latihan sambil bekerja jururawat yang pertama diadakan di Johor Bahru. Ianya terhenti apabila perang dunia kedua melanda pada tahun 1942 hingga 1945.

Pada tahun 1946, Sekolah Kejururawatan yang pertama ditubuhkan di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Jururawat adalah satu kerjaya yang unik kerana ia mempunyai kombinasi "seni" dan "sains". Membantu pesakit sambil mengambil inisiatif pendidikan penjagaan diri sendiri sepanjang masa dan menghulurkan bantuan kepada orang lain apabila mereka sendiri tidak mampu untuk menjaga dan merawat diri sendiri.

Kerjaya ini turut memperkenalkan kesihatan, menolong orang ramai menjadi lebih sihat dan menolong mereka yang sakit meneruskan kehidupan sehingga menjelang usia tua mereka.


Bidang kejururawatan dikatakan unik kerana ia mempunyai keperluan dan permintaan yang tinggi selari dengan teknologi semasa dunia perubatan.

Perubahan, penambahbaikan dan peningkatan dalam kerjaya ini sentiasa dititikberatkan untuk menyahut cabaran negara maju menjelang tahun 2020.

Perkembangan bidang ini dapat diperhatikan menerusi penambahbaikan skim perkhidmatan Jururawat yang ditingkatkan dari Kumpulan Pelaksana kepada Skim Perkhidmatan Bersepadu.

Gred jawatan jururawat yang dahulunya setakat Gred U40 sahaja kini telah diperluaskan kepada Gred U41 hingga ke Gred U54.


Keperluan Kerjaya Jururawat Menurut WHO

World Health Organization (WHO) menetapkan bilangan jururawat kepada penduduk dengan nisbah 1:200. Untuk mencapai jumlah tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat perancangan bagi melatih individu yang berminat untuk menjadi jururawat. Direkodkan bahawa Institut Latihan KKM telah melahirkan 3,000 jururawat yang kompeten dan berwibawa setiap tahun.

Jururawat yang tamat tempoh latihan akan ditempatkan di fasiliti-fasiliti kesihatan KKM. Bilangan jururawat dijangkakan akan terus meningkat dengan adanya pengambilan yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di bawah kategori Separa Perubatan.


Karektor yang perlu ada untuk menjadi jururawat profesional

Seorang jururawat yang profesional perlu memiliki sikap positif, cergas, penyayang, jujur, penyabar, sopan, prihatin, mampu berkomunikasi dengan berkesan.

Selain itu, seorang jururawat yang profesional perlu mengambil inisiatif untuk menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan bidang kejururawatan itu sendiri.

Ini penting bagi memastikan seseorang jururawat tersebut mengikuti perkembangan terbaru berkaitan dengan perkembangan teknologi kesihatan dan perubatan semasa.

Jururawat yang profesional perlu mematuhi semua etika kerja yang telah digariskan. Untuk berkhidmat dengan cemerlang, seseorang jururawat perlu menerapkan ciri-ciri seperti kreatif, inovatif, berfikiran kritis, komited dalam menjalankan tugas, dedikasi, bersikap pemimpin dan mempunyai kemahiran khusus serta mampu mencapai tahap pakar.

Namun begitu, perkara yang paling utama ialah disiplin, boleh bekerjasama sebagai satu pasukan dan patuh pada peraturan yang telah ditetapkan.

Sekiranya anda benar-benar berminat untuk menjadi jururawat, terus ke laman http://jvsecurepay.com/affiliates/jururawat/24829 (klik)



 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...